Untuk pengetahuan tuan/puan, kursus ini adalah
kursus penuh berkenaan dengan Perubatan Islam. Kursus ini akan
disampaikan oleh Tuan Guru Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa yang berpengalaman luas dalam bidang rawatan
penyakit-penyakit gangguan rohani termasuk penyakit fizikal. Selain itu,
keistimewaan kursus ini terdapat modul khas yang akan disampaikan oleh
Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan peserta kursus
akan didedahkan dengan perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh seorang
perawat dalam mengendalikan kes-kes gangguan melibatkan pesakit darah
tinggi, jantung, kencing manis, ibu mengandung dan bayi.
Modul
khas lain akan disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang, Pertubuhan
Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia. Modul ini
mendedahkan peserta tentang hak-hak pengamal perubatan Islam dan hak
pesakit untuk melindungi pengamal perubatan Islam daripada didakwa
kerana kesalahan-kesalahan tertentu semasa proses rawatan serta bentuk
salah laku yang membolehkan seseorang pengamal perubatan Islam tersebut
didakwa di Mahkamah.
Ada 5 kali kelas selama 4 bulan. Kelas Pertama
bermula pada 28 September 2013 (Hari sabtu). Setiap bulan hanya 1 kelas
sahaja iaitu samaada hari sabtu atau ahad. Kelas akan tamat pada bulan
Disember yang mana bulan disember akan ada 2 kali kelas. Jadual kelas
akan dimaklumkan pada hari kelas pertama. Sekiranya ada masalah tentang penginapan, pihak kami sedia membantu untuk urusan tempahan penginapan. Harap Maklum. Sebarang persoalan atau
pertanyaan sekiranya berminat, sila hubungi terus ustaz di talian
014-9437511 @ 017-4332728 . Semua kelas
dijalankan di Bilik Seminar, Tabung Haji, Pulau Pinang.
TARIKH AKHIR PENDAFTARAN KURSUS DILANJUTKAN SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2013.