KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Khamis, Mei 25, 2017

MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 2017(1438H)


Assalamualaikum


Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, 

MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 2017(1438H)

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia berhajat untuk menyalurkan infaq berbentuk sebotol minyak  wangi Ros Dimeshki 3 ml dan kurma badam dalam bentuk paket kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Orang Tua Islam, pesakit di Hospital Besar dan fakir miskin di Pulau Pinang. Tujuan sumbangan ini adalah untuk berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan sempena Ramadhan yang dinanti. Justeru itu, pihak kami amat berbesar hati agar Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan dapat bersama-sama dengan kami menyumbang kepada mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat-gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.”  (Al-Baqarah: 245)
Dan juga Hadith Nabi: “Sebaik-baik sedekah iaitu sedekah di Bulan Ramadhan.”(HR Tirmidzi)
3.         Untuk makluman Y.Bhg Tan Sri/PuanSri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, pihak Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar yang antara lain bermatlamat memartabatkan dan menyebarluaskan perubatan Islam yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah kepada masyarakat sekaligus membantu serta memberikan khidmat pengubatan secara Islam kepada pelbagai peringkat masyarakat. Disamping itu juga, Baithul Ash-Syifa turut berfungsi dalam membantu dan menyedarkan masyarakat dari terlibat dengan kaedah-kaedah perubatan bertentangan dengan aqidah Islamiah.

4.         Bersama-sama ini disertakan salinan sijil Pendaftaran Pertubuhan daripada (ROS) untuk makluman Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan.

5.      Bagi menjayakan sumbangan ini , pihak kami akan terus menyalurkan sumbangan tersebut ke Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Orang Tua Islam, pesakit di Hospital Besar dan fakir miskin di Pulau Pinang. Bersama-sama ini disertakan Borang Sumbangan Amal Jariah Sempena Ramadhan Al-Mubarak untuk diisi oleh pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan. Sila hantarkan borang tersebut melalui whatssapp (016-4957970/017-4332728) atau email kepada arshad_haqqani@yahoo.com untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

6.         Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB ISLAMIC No. 86-0098332-9 atas nama Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia. Sila maklumkan kepada pihak kami selepas membuat sumbangan.

7.     Sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah kami hargai. Semoga Allah S.W.T memberkati jasa baik dan keprihatinan Y.Bhg Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ /Datin /Tuan /Puan terhadap mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pengerusi
Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa
Malaysia


------------------------------------------------------------------------------------------------ 

BORANG SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

NAMA : _______________________________________________________
ALAMAT: ________________________________________________________________________________________________
N0. TEL :  ________________________________


Dengan sukacita saya/kami bersetuju menyumbang ( sila tanda  / ) di petak yang disediakan.


KURMA BADAM ( RM 20 )
 
MINYAK WANGI ROSE DIMESHKI 
  ( RM 20 )
 



Bersama ini disertakan bayaran berjumlah RM ____________  dan di bank in atas nama akaun Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(                                                                  )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan