KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Khamis, Disember 29, 2011

RAWATAN PERDANA
(Merawat Gangguan Jin)
Tarikh           : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa             : 9.30 pagi hingga 4.30 malam
Tempat         : Bilik Tanjung 1

                        Kompleks Masyarakat Penyayang

                        Jalan Utama, Pulau Pinang


Muslimin dan muslimat yang menghadapi masalah gangguan jin (sihir, saka, santau, histeria, rasukan dll) boleh mendapatkan rawatan daripada pihak kami,


Sila hubungi Ustaz (016-4391530/014-3446527) untuk pendaftaran rawatan.

                     

Isnin, Disember 19, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم 

A) SEMINAR LANJUTAN RAWATAN ISLAM
    (Permasalahan Sihir & Kaedah Rawatan)

Tarikh            : 25 Disember 2011 (Ahad)
Masa              : 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat          : Dewan seminar
                         Wisma Young Muslim Sports Club
                          No.27, Lebuh King, Pulau Pinang
Penceramah : Ustaz Abu Muhammad Sadiq al-Baghdadi
                          Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Asy-Syifa
Yuran             : RM120.00 sahaja



Topik perbincangan Seminar Lanjutan:

-Menyingkap Rahsia Alam Jin dan Syaitan secara ringkas

-Menangkis Kejahatan Ilmu Hitam (Sihir)
 Takrif Sihir
 Dalil kewujudan sihir
 Asal-usul sihir
 Pembahagian sihir
 Cara Tukang Sihir mendatangkan jin
 Mengenali Tukang Sihir

-Membincangkan 9 Jenis Sihir secara terperinci dan kesannya terhadap mangsa

-Kaedah Rawatan secara Islam bagi mengusir Jin akibat sihir 
(Sebelum, semasa dan selepas Rawatan)

-Bonus : Selawat bagi sebarang Hajat dan Kaedah Doa' bagi masalah sukar
                 mendapatkan jodoh 

-Pengijazahan amalan 

-Nota disediakan.

DAFTAR SEGERA!!! TEMPAT ADALAH TERHAD.
SILA HUBUNGI USTAZ (014-9437511 / 014-3446527) UNTUK CARA BAYARAN DAN PENDAFTARAN.

  
B) SESI RAWATAN ISLAM 

     RAWATAN PERCUMA

Tarikh           : 25 Disember 2011 (Ahad)
Masa             : 6.00 petang hingga 9.30 malam
Tempat         : 
Dewan seminar
                       Wisma Young Muslim Sports Club
                       No.27, Lebuh King, Pulau Pinang 
                       
Muslimin dan muslimat yang menghadapi masalah gangguan Jin (HISTERIA, SAKA, SANTAU, SIHIR, ANGIN AHMAR, SAKIT SENDI, HILANG DAYA TUMPUAN, DAN SEBAGAINYA) dan ingin berikhtiar mendapatkan khidmat rawatan Islam dari kami, Insya Allah, sila hubungi kami segera. 


Sms atau telefon Ustaz (016-4391530 / 014-3446527)

MAP DIRECTION KE TEMPAT SEMINAR DAN RAWATAN :
Wisma Young Muslim Sports Club
No.127, Lebuh King
PUlau Pinang



View Larger Map

Ahad, Disember 04, 2011

MASALAH JODOH DAN LAMBAT BERNIKAH

Kaedah bagi mereka yang mempunyai masalah jodoh :

Bagi mereka yang ingin mendapatkan jodoh, sebelum tidur, pada hari Khamis malam (Jumaat), salat sunat hajat 2 rakaat. Setiap rakaat baca Surat al-Fatihah dan Ayat Al-Kursi 7 kali. Setelah salam, baca Ayat Al-Kursi 9 kali, lalu mintalah pada Allah (swt) untuk mengirimkan calon suami/isteri yang soleh/solehah. Ulangi selama 3 minggu. Juga setiap hari bacalah shalawat Nabi 100 – 500 kali dan Ya Fattah 100 kali. InsyaAllah, Allah akan menemukan jodoh dengan segera.


Doa' Khusus :




















Pihak Baitul As-Syifa mengizinkan saudara/i untuk mengamalkan kaedah rawatan  ini. Namun lebih baik dengan mendapatkan ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!



Ahad, November 27, 2011

TENTATIF SEMINAR PERUBATAN ISLAM

SEMINAR PERUBATAN ISLAM 
“ASAS RAWATAN ISLAM UNTUK BAKAL MUALLIJ”
27 Nov. 2011 ( Ahad ) * 9.30 am – 4.30 pm   
Hotel Naza Talyya, Penang

ATURCARA SEMINAR

9.30 – 9.45 am       Pendaftaran peserta kursus

9.45 – 10.00 am     Ucapan pengerusi Majlis

10.00 – 10.30 am  Pengenalan kepada “Rawatan Islam”  dan Siapakah yang   dimaksudkan Perawat Islam

10.30 – 10.45 am  Minum pagi

10.45 – 1.00 pm     Menyingkap Alam Jin , Jenis-jenis gangguan dan  Kaedah Rawatan ke atas pesakit

1.00 – 2.00 pm       Makan Tengahari & solat  Zohor

2.00 – 3.00 pm       Kaedah pagar rumah & Doa anak degil &  rahsia sunnah nabi

3.00 – 4.15 pm       Pengijazahan amalan asas perawat dan benteng diri serta latihan praktikal

4.15 – 4.30 pm       Minum petang

4.30 – 4.45 pm       Penyampaian sijil

4.45 – 5.00 pm       Penutup (Bacaan Doa & selawat Syifa)



Perhatian kepada muslimin/muslimat yang masih berminat mengikuti seminar ini boleh terus membuat pendaftaran esok 27 November  di Hotel Naza Talyya.






Selasa, November 22, 2011

MATLAMAT SEMINAR PERUBATAN ISLAM

SEMINAR PERUBATAN ISLAM PADA 27 NOVEMBER 2011


Tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 25 November 2011. Daftar segera !!!


Seminar ini bertujuan untuk mengetengahkan perubatan Islam yang berteraskan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam merungkai masalah penyakit zahir dan batin. Mudah-mudahan dengan adanya seminar seperti ini akan lahirlah lebih ramai pengamal perubatan Islam di dalam agenda melawan kejahatan musuh Allah samaada yang nyata atau tidak nyata  melalui spiritual yang mantap berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Di akhir seminar ini, peserta  akan diijazahkan dengan ijazah sanad al-fatihah, ayat-ayat ruqyah dan selawat Syifa' sebagai amalan peringkat permulaan untuk menjadi seorang perawat khususnya merawat penyakit-penyakit gangguan jin dan syaitan. Perlu diingatkan bahawa ijazah dan sanad adalah elemen penting dalam urusan agama.
Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

LATARBELAKANG PENCERAMAH

UST. ABU MUHAMMAD SADIQ AL-BAGHDADI

Ust. Abu Muhammad Sadiq Al- Baghdadi atau nama sebenarnya Ust. Arshad bin Hj. Mohammed Kassim merupakan anak kelahiran Negeri Pulau Pinang dan berketurunan Ahlul Bayt dari Yaman dan Baghdad

Mendapat pendidikan awal di Sek. Men. Penang Free kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi Perakaunan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian dari universiti tempatan.

Beliau mempunyai minat yang cukup tinggi dalam mempelajari ilmu agama semenjak di bangku sekolah lagi sehinggalah semasa beliau di universitipun masa yang terluang akan  digunakan untuk mencari  Ilmu agama  daripada Tuan–tuan Guru Pondok secara talaqqi. Beliau juga sering melakukan ziarah kepada alim ulama terutamanya semasa beliau menjawat jawatan sebagai Exco Kerohanian di peringkat Universiti.

Beliau adalah Pengasas  Terapi Al-Quran Baitul Ash-syifa Pulau Pinang yang dinaungi oleh YAM.Raja Dato’ Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Dahulunya dikenali sebagai Syifaulhaqq Islamic Consultancy & Training.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta telah melibatkan diri di dalam bidang rawatan Islam selama lebih 10 tahun ke atas penderita penyakit rohani iaitu penyakit-penyakit yang ada hubungkait dengan alam jin yang mana tidak dapat diubati walaupun di hospital-hospital yang ternama. Beliau seorang amat berpegang teguh dengan  “Istiqamah dalam amalan serta mengutamakan sunnah di dalam kehidupan terutamanya ketika merawat.

Seorang yang bersifat rendah hati namun tegas dan mudah didekati oleh pelbagai golongan peringkat umur.


LATARBELAKANG IJAZAH PERUBATAN ISLAM .

-Ijazah Perubatan Islam daripada As- Sayyid Syaikh Hisyam Kabbani Rabbani (Islamic Supreme Council of America) yang bersambungan sanad dan salasilahnya kepada Mufti Cyprus, As-Sayyid Maulana Syaikh Muhammad Nazim Adil Al-Qubrusi

-Ijazah Perubatan Islam secara talaqqi daripada Syaikh Raja Ashman Shah As-Sultani

-Ijazah Perubatan Islam dan Ilmu Fiqh secara talaqqi daripada Tuan Guru Ustaz Hj. Salleh Al-Qadiri Rifai


-Ijazah Perubatan Islam, Ratib Al-Haddad, Ratib Al-Attas, seluruh zikir salafussoleh daripada Habib Munzir al-Musawwa yang bersambungan sanad dan salasilahnya kepada Imam Habib Abdullah al-Haddad


-Ijazah sanad al-Fatihah dan Bismillah 5 secara talaqqi daripada Dato' Ustaz Ismail Kamus

-Ijazah sanad al-Fatihah secara talaqqi daripada Ustaz Abdullah Mahmud

-Ijazah Perubatan Islam secara talaqqi daripada Tuan Guru Hj Awang Embong. (salah seorang murid tua Syaikh Abdul Qadir al-Mandili)

-Ijazah Islamic Sufi Healing daripada Ustaz Hj. Muhammad Sallehuddin Al-Bandungi (Pengasas Heavenly Healing Team Indonesia)

-Ijazah bismillah daripada Tuan Guru Syaikh Abdul Aziz bin Syafie, Yang Di Pertua Jamiat Islamiah Fatani Darussalam (mengaji agama di Mekkah selama 24 tahun)



Isnin, November 21, 2011


Doa' untuk mengembalikan barang-barang yang telah hilang atau dicuri orang.
Bacalah ayat-ayat berikut setiap hari dengan niat supaya Allah membantu kita mendapatkan semula barang tersebut :


1) Surat al-Fil             10 kali
2) Surah Al-Quraisy  10 kali
3) Surah Al-Kawtsar 10 kali
InsyaAllah , Allah SWT akan membantu kita mendapatkan semula barang tersebut.