KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Khamis, November 03, 2011

NASIHAT TUAN GURUKU MAULANA AS-SAYYID SYAIKH MUHAMMAD NAZIM AL-HAQQANI

Ringkasan Nasihat kepada muslimin dan muslimat :



Takutlah kepada Allah. Berilah makan kepada orang miskin, begitulah yang sering Rasulullah SAW lakukan. Jangan berkasar dan berlaku kejam terhadap isterimu, jika tidak, Allah akan meletakkan kamu dibawah kawalan orang yang akan menekanmu. Bersikaplah dengan sikap baik kepada kaum perempuan. Seluruh dunia kini berkecamuk, tiada lagi keamanan, jadikanlah rumahmu syurga cinta dan ketenangan.
Dan apabila kamu memberi nasihat, didiklah mereka mengikut tahap kefahaman mereka.
Segala kebaikan dan keburukan yang menimpa, datangnya dari Allah. Segalanya dating dari-Nya. Kamu harus percayakan itu.
Saya ada sesuatu buat kamu. Solatlah dua raka’at setiap hari, dan baca Hasbunallah, Rabbunallah 100 kali. Jika kamu lakukannya dengan kepercayaan, dengan cinta kepada Allah mekar dalam hatimu, segala cabaran hidup yang mendatang pasti dapt kamu atasi. Ia akan menghilangkan kekacauan dan kesulitan dalam hidupmu.
Sentiasa amalkan membaca Doa', “Ya Allah, Ya Tuhan kami, terangkanlah wajah kami dengan cahaya, dan bersihkanlah serta murnikanlah hati kami.” Sesiapa yang melafazkan doa ini akan mendapati yang ia diterima dan ia akan mendapati yang cahaya syurga diwajahnya akan meningkat, dan masalah yang membebani hatinya akan dihapuskan, dan dia akan mendapat kehormatan di dalam kehadiran Ilahi. Dan mulakan setiap perbuatan dengan Bismillah-hir Rahman-nir Raheem.

Al-Fatihah.