KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Khamis, Ogos 11, 2011

SERUAN KEPADA UMAT ISLAM : SIMPANLAH DINAR EMAS DAN DIRHAM

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

saya ingin mengajak kita semua muslimat dan muslimat untuk sama-sama menjadikan perjuangan untuk mendaulatkan semula penggunaan emas dan perak dalam sistem muamalat sebagai niat utama kita dalam menceburi pelaburan emas dan perak ini. Pelaburan emas ini dijadikan sebagai jalan untuk kita memberi pemahaman kepada masyarakat untuk kembali semula kepada sistem muamalat Islam yang adil daripada sistem kewangan sekarang yang penuh penindasan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

Dengan emas yang anda miliki Anda boleh simpan: -Sebagai pelaburan jangka panjang, harga emas naik anggaran 37-50% setahun. - Sebagai pelaburan jangka pendek- kalau ada orang nak beli, jual emas yang ada pada anda. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGGANDAKAN KEUNTUNGAN ANDA TANPA MENUNGGU SETAHUN,
TENTUNYA DENGAN SIMPANAN EMAS.
Mengalirkan dinar dan dirham dalam masyarakat adalah menghidupkan matawang sunnah. Mengamalkan sunnah sudah tentu ada berkatnya. Kuasa beli dinar tidak berkurang seperti kuasa wang kertas. Wang kertas dimamah oleh inflasi contohnya RM10 sepuluh tahun lalu tidak sama kuasa belinya dengan RM10 hari ini. Sebaliknya sunnah membuktikan 1 Dinar emas di zaman Rasul boleh membeli seekor kambing. Hari ini 1 Dinar emas tetap boleh membeli seekor kambing.

Sebagai permulaan saya menyeru setiap orang sekurang-kurangnya memiliki 1 Dinar dan Dirham yang bernilai sepuluh dirham. Kemudian simpanlah dalam jangka masa yang tertentu untuk menikmati keuntungan yang halal. Berminat untuk membeli Dinar & Dirham untuk diri sendiri, masyarakat atau organisasi anda sendiri ? Sila layari http://dinarpulaumutiara.blogspot.com/. Sila email
deenhaqq@yahoo.com atau telefon / SMS kami untuk keterangan lanjut.