KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Rabu, Februari 29, 2012

RAWATAN KE RUMAH PESAKIT





Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian"
(aL- Isra ayat 82)

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa bagi pesakit gangguan jin seperti sihir ,santau, histeria, sihir, saka, sihir busung dll yang inginkan Perawat Islam datang ke rumah masing-masing, anda boleh hubungi Ustaz / Ustazah / Muallij di talian 014-9437511 / 014-3446527 /016-4554804 / 016-4391530 untuk temujanji rawatan. Rawatan adalah bergantung kepada masa perawat.

Pesakit perlu sediakan 3 botol air mineral 1.5l (setiap seorang pesakit) untuk diruqyah buat minum dan mandi. Setakat ini, perkhidmatan ini terhad untuk kawasan dalam Pulau Pinang sahaja. InsyaAllah akan diperluaskan lagi apabila ada pertambahan perawat Islam Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa di tempat lain. Rawatan boleh juga untuk seisi keluarga, pagar rumah dengan terapi Al-Quran.
Pihak kilang, kedai, sekolah dll yang memerlukan rawatan mengusir gangguan jin dan memagar boleh menghubungi kami untuk temujanji rawatan.[kita berikhtiar, Allah Taala yang menyembuhkan, Insya Allah]"

Pihak kami juga menyediakan Air Syifa 1.5L  (iaitu air yang dibacakan ayat-ayat pilihan dalam Al-Quran, selawat, zikir asma ul husna) sebagai syifa', dengan izin Allah SWT, untuk para pesakit gangguan. Sebotol RM10.00 sahaja.  


Masa Rawatan: Setiap hari Sabtu [dari jam 11 pagi - 6.30 petang]

Kos Rawatan: Bayaran seikhlas hati pesakit. Pihak kami ikhlas dalam merawat pesakit dan tidak menetapkan bayaran tertentu bagi rawatan di rumah pesakit. Namun perlu difikirkan oleh keluarga pesakit, masa, tenaga dan kos pengangkutan perawat Islam. Bayaran rawatan dan sumbangan Ikhlas pesakit amatlah diperlukan untuk Dana Penubuhan Pusat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa di Pulau Pinang.

Haruslah diyakini bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka Berubatlah dengan Al-Quran.

Pihak Kami memerlukan sejumlah sumbangan Dana yang besar bagi penubuhan Pusat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa di Pulau Pinang. Sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat rawatan tersebut dan kelas pengajian Perubatan Islam bolehlah disampaikan oleh muslimin/muslimat  yang budiman dalam bentuk derma, wakaf, kafarah, nazar, barang dll. Sila hubungi menghubungi pihak kami (014-9437511 / 014-3446527).

Jumaat, Februari 03, 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL




Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W buat ke sekian kalinya pada 12 Rabiulawal ini. Telah ratusan tahun kaum muslimin merayakan maulid Nabi Saw, Insan yang paling mereka cintai. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.


Yang pertama merayakan Maulid Nabi SAW adalah shahibul Maulid sendiri, yaitu Nabi SAW, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits shahih yang diriwayatkan Muslim bahwa, ketika ditanya mengapa berpuasa di hari Isnin, beliau menjawab, “Itu adalah hari kelahiranku.” Ini nash yang paling nyata yang menunjukkan bahwa memperingati Maulid Nabi adalah sesuatu yang dibolehkan syara’.

Pada zaman Nabi masih hidup, para penyair datang kepada beliau melantunkan qashidah-qashidah yang memujinya. Nabi redha (senang) dengan apa yang mereka lakukan dan memberikan balasan kepada mereka dengan kebaikan-kebaikan. Jika beliau redha dengan orang yang memujinya, bagaimana beliau tidak redha dengan orang yang mengumpulkan keterangan tentang perangai-perangai beliau yang mulia. Hal itu juga mendekatkan diri kita kepada beliau, yakni dengan manarik kecintaannya dan keredhaannya.


Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah SAW umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda SAW, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda SAW?"

Imam Suyuti menjawab peryataan orang yang mengatakan: "Saya tidak tahu bahwa maulid ada asalnya di Kitab dan Sunah" dengan jawaban: "Tidak mengetahui dalil bukan berarti dalil itu tidak ada", peryataannya Imam Suyutiy ini didasarkan karena beliau sendiri dan Ibnu Hajar al-Asqolaniy telah mampu mengeluarkan dalil-dalil maulid dari as-Sunah. (Syekh Ali Jum'ah. Al-Bayanul Qowim, hal.28) 

Berkata Abbas bin Abdulmuttalib ra : “Izinkan aku memujimu wahai Rasulullah..” maka Rasul SAW menjawab: “silahkan..,maka Allah akan membuat bibirmu terjaga”, maka Abbas ra memuji dengan syair yang panjang, diantaranya : “… dan engkau (wahai nabi saw) saat hari kelahiranmu maka terbitlah cahaya dibumi hingga terang benderang, dan langit bercahaya dengan cahayamu, dan kami kini dalam naungan cahaya itu dan dalam tuntunan kemuliaan (Al Qur’an) kami terus mendalaminya” (Mustadrak ‘ala shahihain hadits no.5417)

Berkata Imam Al Hafidh Ibn Hajar Al Asqalaniy rahimahullah :Telah jelas dan kuat riwayat yg sampai padaku dari shahihain bahwa Nabi saw datang ke Madinah dan bertemu dengan Yahudi yg berpuasa hari asyura (10 Muharram), maka Rasul saw bertanya maka mereka berkata : “hari ini hari ditenggelamkannya Fir’aun dan Allah menyelamatkan Musa, maka kami berpuasa sebagai tanda syukur pada Allah swt, maka bersabda Rasul saw : “kita lebih berhak atas Musa as dari kalian”, maka diambillah darinya perbuatan bersyukur atas anugerah yg diberikan pada suatu hari tertentu setiap tahunnya, dan syukur kepada Allah bisa didapatkan dg pelbagai cara, seperti sujud syukur, puasa, shadaqah, membaca Alqur’an, maka nikmat apalagi yg melebihi kebangkitan Nabi ini?, telah berfirman Allah swt “SUNGGUH ALLAH TELAH MEMBERIKAN ANUGERAH PADA ORANG ORANG MUKMININ KETIKA DIBANGKITKANNYA RASUL DARI MEREKA” (QS Al Imran 164)