KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Sabtu, Jun 14, 2014




Permohonan mengikuti Kursus Sijil Perubatan Islam dibuka sekarang. Kursus Sijil Perubatan Islam sesi Jun 2014/2015 akan bermula pada 28 Jun 2014 bertempat di Pusat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa Pulau Pinang. Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari.
Permohonan dibuka kepada Muslimin dan Muslimat seluruh negara yang berminat mendalami Ilmu Perubatan Islam yang bersanad sehingga Rasulullah SAW. Kursus Perubatan Islam akan disampaikan oleh Tuan Guru Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa Pulau Pinang serta penceramah jemputan.
SYARAT KEMASUKAN :

1. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 21 tahun ke atas.
2. Pemohon bukan warga Malaysia juga diterima mengikuti kursus dengan syarat
    boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
3. Pemohon yang telah berjaya diterima hendaklah sanggup dan mampu
    membayar Yuran sejumlah RM850 untuk pendaftaran dan pengajian
4.   Ansuran sebanyak 2 kali dibenarkan. Ansuran  pertama berjumlah RM250
    hendaklah dijelaskan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum Kursus bermula.
5. Kelas selama 2 bulan pada setiap hari Ahad.
6.Peserta yang memenuhi syarat tertentu layak dipertimbangkan menjadi ahli  Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia. 
 Daftar segera !!!Sebelum 26 sept. 2013 Tempat adalah terhad. Sila hubungi Ustaz/Ustazah di talian  014-9437511 / 017-4332728 / 014-3446527 atau email kepada deenhaqq@yahoo.com untuk pendaftaran .

Rabu, Jun 04, 2014

SIRI PENGAJIAN TASAWUF: KITAB PETUNJUK JALAN THARIQAT KARANGAN IMAM HABIB ABDULLAH HADDAD

DORONGAN BATIN UNTUK MENUJU KE JALAN ALLAH

Ketahuilah bahawa jalan yang mula-mula ditempuh ialah munculnya semacam dorongan yang kuat di hati yang menggerakkan, menarik minat dan mengajak untuk menuju ke jalan Allah Ta'ala dan menuju ke jalan akhirat, serta membelakangi dunia dan membelakangi segala yang biasanya dikejar oleh manusia dari mata-benda dunia; seperti mengumpul harta dan kekayaan, bersenang lenang menurut kehendak syahwat dan hawa nafsu serta bermegah-megahan dengan keindahan dan kemewahannya. Dorongan ini merupakan rahasia ketuhanan yang dilimpahkan ke dalam batin hambaNya. Itulah yang dikatakan inayah Tuhan dan tanda-tanda petunjukNya. Kerap inayah serupa ini dilimpahkan ke dalam batin hambaNya ketika dalam menakutkannya, atau menggembirakannya atau menimbulkan perasaan rindu terhadap ZatNya atau menerusi pertemuan dengan Para Wali Allah atau ketika mendapatkan pandangan daripada para Wali Allah. Adakalanya dorongan itu berlaku tanpa ada sesuatu sebab yang tertentu juga.

Adapun bercita-cita untuk mendapatkan dorongan seperti itu memang sangat-sangat dituntut dan digalakkan. Akan tetapi bercita-cita atau berharap sahaja untuk meningkat tanpa berusaha dan menetap di pintunya adalah suatu keputusan yang bodoh yang menunjukkan kedangkalan otak orang yang bercita-cita itu. Betapa tidak, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah telah menyediakan berbagai-bagai kelimpahan pada setiap masa, maka hendaklah kamu menuntutinya."

Betapa banyak orang Islam yang telah mencapai usia dengan lapan puluh tahun atau lebih akan tetapi ia masih belum lagi dikurniakan dorongan seperti ini dan hatinya tidak pernah diketuk oleh rahsia kebatinan ini. Masya Allah.
(dipetik daripada Kitab Petunjuk Jalan Thariqat, karangan Imam Habib Abdullah Haddad)

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat inayah dan mendapat rahsia kebatinan mencintai para awliya dan Rasulullah serta pencipta kita Allah Azza Wa Jalla. Al-Fatihah.