KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Selasa, Ogos 28, 2012

SALAM AIDIL FITRI 1433H





Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Pada kesempatan yang ada ini, Tuan Guru Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa dan Barisan Perawat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2012/1433H. Khususnya buat pengunjung dan pembaca blog.

Alhamdulillah kita berjaya berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah juga Allah memberi peluang kepada kita untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Adakah terhenti amalan seseorang muslim dengan berakhirnya bulan Ramadhan? Jawapnya tidak!,  Amal soleh yang lazim dilakukan seperti Puasa, Qiyamulail, Sedekah, membaca Al-Quran, iktikaf dan lain-lain tidak terhenti dengan berakhirnya bulan ramadhan. Cuma Solat Terawih sahaja tidak boleh dibuat pada bulan lain.

Dalam kemeriahan menyambut Syawal jangan dilupakan tawaran Allah untuk memberi ganjaran pahala seperti berpuasa setahun penuh hanya dengan menambah 6 hari puasa bulan Syawal. Ganjaran yang diperoleh oleh mereka yang berpuasa 6 hari di Syawal ada dijelaskan melalui beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) 6 hari Syawal, maka dia seperti berpuasa 1 tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Hadis lain diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, "sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan 6 Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya".
 
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar)
Berdasarkan hadis ini setiap satu amalan umat akhir zaman akan digandakan sepuluh. Maka bila kita berpuasa penuh pada bulan Ramadan iaitu 30 hari dan ditambah dengan enam hari pada bulan Syawal maka jumlahnya 36 hari. Didarab dengan sepuluh maka menjadi 360 hari. Mengikut  kalendar Hijrah setahun hanya lebih kurang 355 hari.
Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, demi kemuliaan Kekasih Mu, Nabi Muhammad, kurniakan kami kesihatan dan kekuatan supaya kami dapat beribadah dan mengabdikan diri kami, sebagai hamba Mu. Janganlah kami hidup tanpa tujuan. Kami ingin berjalan di atas jalan KekasihMu, jalan perhambaan ikhlas kepada Mu, wahai Tuhan kami. Kami bergembira di dunia kerana Baginda dan kami akan berbahagia buat selama-lamanya bersama Baginda di akhirat. Wahai Tuhan kami, Tawba Ya Rabbi, tawba Astaghfirullah.
Makluman Rawatan Gangguan Jin dan Syaitan pada 2 September 2012, hari Ahad ini di Masjid Prangin KOMTAR berhadapan Prangin Mall, Pulau Pinang. Rawatan adalah berdasarkan temujanji. Terbuka kepada muslimin dan muslimat yang mengalami gangguan, Sila hubungi Ustaz di talian 014-9437511 / 017-4332728 dengan segera. Tempat adalah terhad. Semuga Allah memberi kesembuhan.