KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Ahad, April 03, 2011

  
Doa ‘Atabah Alghulam
إِلَهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حُوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّى أَحْفَظُ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغَمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَآءَتِيْ يَزْدَادُ رِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ.
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ
                    
Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampunkan  dosaku , maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal sehingga aku dapat menghafal semua ilmu yang ku dengar dan juga ayat-ayat al-Quran .
Ya Allah berilah aku kemuliaan dengan suara  yang merdu , sehingga sesiapa yang mendengar bacaanku , hatinya akan menjadi lembut meskipun ia seorang yang keras hati .
Ya Allah kurniakanlah kepadaku rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kusangka-sangka .


Doa ini merupakan amalan Syaikh Atabatul Ghulam seorang kekasih Allah yang pada awalnya merupakan seorang yang fasik. Beliau sering melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Maka pada suatu hari timbul niat padanya untuk menghadiri majlis Ilmu seorang Wali Allah iaitu Imam Hassan Al-Basri. Dalam majlis tersebut, ada orang yang bertanya pada Imam Hassan Al-Basri tentang orang yang melakukan dosa besar lalu bertaubat, apakah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT. Lalu Imam Hassan Al-Basri menjawab : “Ya, jika ia bersungguh-sungguh bertaubat dengan sebenarnya, maka Allah akan mengampuninya, walaupun seperti Atabatul Ghulam.”
Imam Hasan Al-Bashri membacakan ayat ke-16 dari surat Al-Hadid:
“Apakah belum datang bagi orang yang beriman untuk tunduk hatinya mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)….”
Beliau melanjutkan perkataannya,“Wahai pemuda yang bermaksiat kepada Rabbul ‘arsy, apakah engkau tahu balasan orang yang bermaksiat adalah neraka sa’ir yang bergejolak apinya?. Malaikat Zabaniyah menarik ubun-ubun mereka dan menarik kaki-kakinya, lalu melemparkannya ke dalam neraka. Apakah engkau dapat sabar menghadapinya, sedangkan api dunia saja engkau tidak kuat menahannya?”
Cuba bayangkan Imam Hassan al-Basri tidak pernah berjumpa atau melihat apatahlagi tidak mengenali  Atabatul Ghulam, beliau hanya mengetahui namanya sahaja. Pada ketika disebut nama Atabatul Ghulam, Atabatul Ghulam tersentak lalu bertaubat, menyesali dosa-dosanya. Dalam doanya, ia bermunajat, “Ya Tuhanku, jika Engkau menerima taubatku dan Engkau ampuni dosaku, maka berilah aku kemuliaan mudah paham dan hafal, sehingga aku dapat menghafal semua yang kudengar dari ilmu dan Al-Qur’an. Ya Tuhanku, muliakanlah aku dengan suara yang merdu dan indah, sehingga siapa saja yang mendengar bacaanku, maka menjadi lembutlah hatinya meskipun ia seorang yang keras hati. Ya Tuhanku, berikanlah aku rejeki yang halal dan tak terhitung.”
Allah pun menerima taubatnya dan mengabulkan  permohonannya.
Doa’ ini amat sesuai dibaca bagi mereka yang ingin bertaubat kepada Allah SWT, yang ingin menghafal Al-Quran, Hadis Nabi SAW, yang ingin mempunyai suara yang merdu dan indah khusus mereka yang ingin mendalami Taranum Al-Quran, yang menjadi pendakwah di jalan Allah, para perawat Islam dan yang ingin menambahkan rezeki zahir dan batin. 
Jadikanlah doa’ ini amalan kita khususnya para perawat Islam supaya senang untuk berdakwah dan memberi nasihat kepada manusia dan jin yang mendiami tubuh manusia agar mengikuti nasihat kita dengan izin Allah....
 .