KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Selasa, September 24, 2013

MAKLUMAN TERKINI

Untuk pengetahuan tuan/puan, kursus ini adalah kursus penuh berkenaan dengan Perubatan Islam. Kursus ini akan disampaikan oleh Tuan Guru Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa yang berpengalaman luas dalam bidang rawatan penyakit-penyakit gangguan rohani termasuk penyakit fizikal. Selain itu, keistimewaan kursus ini terdapat modul khas yang akan disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan peserta kursus akan didedahkan dengan perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh seorang perawat dalam mengendalikan kes-kes gangguan melibatkan pesakit darah tinggi, jantung, kencing manis, ibu mengandung dan bayi.

Modul khas lain akan disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang, Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia. Modul ini mendedahkan peserta  tentang hak-hak pengamal perubatan Islam dan hak pesakit  untuk melindungi pengamal perubatan Islam daripada didakwa kerana kesalahan-kesalahan tertentu semasa proses rawatan serta  bentuk salah laku yang membolehkan seseorang pengamal perubatan Islam tersebut didakwa di Mahkamah.


 Ada 5 kali kelas selama 4 bulan. Kelas Pertama bermula pada 28 September 2013 (Hari sabtu). Setiap bulan hanya 1 kelas sahaja iaitu samaada hari sabtu atau ahad. Kelas akan tamat pada bulan Disember yang mana bulan disember akan ada 2 kali kelas. Jadual kelas  akan dimaklumkan pada hari kelas pertama. Sekiranya ada masalah tentang penginapan, pihak kami sedia membantu untuk urusan tempahan penginapan. Harap Maklum. Sebarang persoalan atau pertanyaan sekiranya berminat, sila hubungi terus ustaz di talian 014-9437511 @ 017-4332728 . Semua kelas dijalankan di Bilik Seminar, Tabung Haji, Pulau Pinang.

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN KURSUS DILANJUTKAN SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2013.

Selasa, September 10, 2013

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PERUBATAN ISLAM BERSANAD SESI SEPTEMBER 2013




Permohonan mengikuti Kursus Sijil Perubatan Islam dibuka sekarang. Kursus Sijil Perubatan Islam sesi September 2013 akan bermula pada 28 September 2013 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Tabung Haji, Pulau Pinang. Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari.

Permohonan dibuka kepada Muslimin dan Muslimat seluruh negara yang berminat mendalami Ilmu Perubatan Islam yang bersanad sehingga Rasulullah SAW. Kursus Perubatan Islam akan disampaikan oleh Tuan Guru Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa Pulau Pinang serta penceramah jemputan.

SYARAT KEMASUKAN :

1. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 21 tahun ke atas.
2. Pemohon bukan warga Malaysia juga diterima mengikuti kursus dengan syarat
    boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
3. Pemohon yang telah berjaya diterima hendaklah sanggup dan mampu
    membayar Yuran sejumlah RM850 untuk pendaftaran dan pengajian
4.   Ansuran sebanyak 3 kali dibenarkan. Ansuran  pertama berjumlah RM250
    hendaklah dijelaskan sekurang-kurangnya seminggu sebelum Kursus bermula.
5. Kuliah perubatan Islam seterusnya akan dijalankan pada hari sabtu atau ahad pada 
    tarikh yang akan dimaklumkan  kepada semua pelajar. Pelajar diwajibkan hadir 
    untuk kelas sebanyak 5 kali pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan sebulan 
    sekali. 
 6.Peserta yang memenuhi syarat tertentu layak dipertimbangkan menjadi ahli 
    Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia.

KANDUNGAN KURSUS :


MODUL  1
Ø  Konsep  Perubatan Islam berdasarkan kaedah Ulama Tasawuf 
   melalui bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar’iyyah, Terapi Zikrullah, 
   Selawat Nabi dan Doa’ kepada Allah
Ø  Adab murid dan guru 
Ø  Ciri-ciri pengamal perubatan islam
Ø  Mengenali Jin dan Syaitan serta gangguannya pada manusia

MODUL 2
Ø  Kaedah Rawatan Sihir
Ø  Kaedah rawatan penyakit dengan doa, zikir dan penggunaan herba
Ø  Kaedah amalan benteng diri dan amalan zikrullah

MODUL 3

Ø  Saka, Santau, Histeria, Rasukan
Ø  Kaedah Rawatan Pagar rumah dan premis kedai/bangunan

MODUL 4
Ø  Mengenalpasti penyakit melalui diagnosis tapak tangan
Ø  Penyakit Ain –Kaedah dan Rawatan
Ø  Tips penting yang perlu dielak dalam  merawat gangguan untuk 
   pesakit diabetic, hipertensi  , ibu mengandung dan bayi.

MODUL 5
Ø  Hak Pesakit menurut Undang-undang dan etika pengamal perubatan
    Islam
Ø  Ujian Tasmik

PENGIJAZAHAN


PENCERAMAH :


Ø  Y.Bhg. Tuan Guru Pengerusi 
                Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Baithul Ash-Syifa Malaysia
Ø  Pegawai Perubatan ,Kementerian Kesihatan  Malaysia
Ø  Penasihat Undang-undang Pertubuhan Pengamal Perubatan

                  Baithul Ash-Syifa Malaysia


 YURAN PENYERTAAN

Ø  RM 850
Yuran termasuk modul dan sijil

CARA PEMBAYARAAN 
 
Akaun CIMB Bank
No. 12150043668528
atas nama  Arshad Mohammed Kassim    
             
   atau 

akaun CIMB Islamic  
No. 07160000269103
atas nama Pertubuhan Pengamal
Perubatan Baithul Ash-Syifa Malaysia

Daftar segera !!!Sebelum 26 sept. 2013 Tempat adalah terhad. Sila hubungi Ustaz/Ustazah di talian  014-9437511 / 017-4332728 / 014-3446527 atau email kepada deenhaqq@yahoo.com untuk pendaftaran .