KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Rabu, Julai 18, 2012

RAMADHAN KAREEM DAN DOA KUATKAN PENGLIHATAN


Alhamdulillah Syukur Ya Rabbi. Tawbah Ya Rabbi.  Saya menyeru diri saya sendiri dan juga kepada semua saudara seislam sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat sekian kalinya dalam hidup kita insyaAllah dijangka hari sabtu ni di mana bulan ini dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Bersamalah kita merebut keistimewaan Ramadhan yang bakal kita lalui bagi menyahut tawaran Allah yang diberitahu oleh Nabi Muhammad melalui suatu hadith yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
"Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang."

Sedikit perkongsian saya khususnya kepada peserta kursus Perubatan Islam sesi 2012/2013 berkenaan dengan Doa'  untuk menguatkan daya penglihatan dan mengelakkan rabun dan penyakit kebutaan, InsyaAllah.

DOA UNTUK MENGUATKAN DAYA PENGLIHATAN
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ
ô $uZøÿt±s3sù y7Ytã x8uä!$sÜÏî x8ã|Át7sù tPöquø9$# ÓƒÏtn ÇËËÈ  
“…...lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
çŽÅÇö6çF|¡sù tbrçŽÅÇö7ãƒur ÇÎÈ  
“maka (tidak lama lagi) Engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat,”

KAEDAH PERTAMA :

Baca ayat di atas sebanyak 3 kali setiap selesai solat Fardhu, kemudian tiupkan pada hujung kedua-dua ibu jari dan diusapkan kepada kedua-dua mata. InsyaAllah pandangan mata tidak akan lemah, bahkan semua kelemahan akan hilang.

KAEDAH KEDUA :

Baca ayat di atas sebanyak 3 kali ketika azan sampai kepada (Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah) kemudian tiupkan pada hujung kedua-dua ibu jari dan diusapkan kepada kedua-dua mata. InsyaAllah pandangan mata tidak akan lemah, bahkan semua kelemahan akan hilang.

Semoga memberi manfaat kepada semua. Selamat Beramal. Ramadhan Kareem.