KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Selasa, April 03, 2012




Assalamu'alaikum wbt.. pihak kami, Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa amat sedih di atas kemangkatan Tuan Guru kami yang sangat dicintai, Yang Teramat Mulia Almarhum Tuanku Syaikh Raja Ashman Shah As-Sultani ibni Sultan Azlan Shah pada 30 Mac 2012 (hari Khamis Malam Jumaat) yang juga merupakan Khalifah Tariqah Naqsyabandi 'Aliyyah Haqqani Malaysia di bawah pimpinan Guru Mursyid Tariqah Naqshbandi 'Aliyyah Haqqani Dunia, As-Sayyid Maulana Syaikh Muhammad Nazim al-Haqqani An-Naqshbandi. Almarhum Tuanku merupakan Raja Kecil Sulong Perak.



ALMARHUM YANG TERAMAT MULIA SYAIKH RAJA ASHMAN SHAH AS-SULTANI

Almarhum Syaikh Raja Ashman merupakan seorang putera Raja yang berperibadi mulia, zuhud, tawaduk, warak. Tidak dapat digambarkan betapa mulianya guru kami ini. Baginda merupakan guru rohani buat Pengasas Baitul Ash-Syifa.Baginda sentiasa menjadi rujukan pihak kami. Nama Pusat Rawatan kami iaitu "Pusat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa" adalah pilihan Tuanku dan Ijazah perubatan Islam adalah dengan keizinan daripada Tuanku Syaikh Raja. Tuanku Syaikh Raja Ashman adalah penaung Baitul Ash-Syifa.

2012-03-30_tr_RajaAshman







Al-Fatihah kepada ruh Almarhum Syaikh Raja Ashman Shah As-Sultani. Semoga Roh Baginda sentiasa dalam rahmat Allah... Amin.