KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Selasa, Disember 28, 2010

CARA PEMBAYARAN DAN TENTATIF PROGRAM "BENGKEL RAWATAN ISLAM"

ASSALAMUALAIKUM WBT.
KEPADA YANG BERMINAT, SILA BANK-IN RM120 KEPADA NO.AKAUN CIMB BANK : 12150043668528 ATAS NAMA ARSHAD MOHAMMED KASSIM. SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT, SILA SMS KEPADA USTAZ DEEN   (014-9437511) BUTIRAN BAYARAN - TARIKH SEPERTI YANG TERTERA PADA SLIP BAYARAN. TARIKH TUTUP PENYERTAAN BENGKEL RAWATAN ISLAM IALAH PADA 31.12.2010.

BENGKEL RAWATAN ISLAM
 "DIALOG DENGAN JIN, SATU REALITI "

PADA                      :        9.1.2011 (Hari Ahad)
TEMPAT                  :        Dewan Seminar, Kompleks Tabung Haji, 
                                        Pulau Pinang.
PANEL JEMPUTAN         Ustaz Abdul Malek bin Ladzim



Ustaz Haji Abdul Malek bin Ladzim
 B.A (Hons) Ulum Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir
M.S.C (Master of Science Islamic Finance), UUM.

TENTATIF PROGRAM

8.15-8.45am             :    Pendaftaran para peserta bengkel
8.45-9.00am             :    Ucapan pengerusi
9.00-10.00am           :    Kertas Kerja 1
                                        Menyingkap Rahsia Alam Jin dan hubungannya
                                        dengan manusia
10.00-10.30am            Minum Pagi
10.30-12.00am            Kertas Kerja 2
                                         Menangkis Kejahatan Ilmu Hitam 
                                         " Sihir & Kaedah Rawatan "
12.00.1.00pm               Kertas Kerja 3
                                        Masalah "Saka dan Kaedah Rawatan"
1.00-2.15pm                Makan tengahari  dan solat zohor
2.15-5.00pm             :    Amalan Benteng Diri, Kaedah pagar rumah,
                                        Praktikal & Demo Kaedah Rawatan
                                        ( Ke atas pesakit sebenar ), Pembacaan dan
                                        Pengijazahan ayat-ayat Rukyah Syar'iah,
                                        Bonus Scan ( Peserta yang berminat sahaja )
5.00-5.30pm              :   Sesi Soal Jawab bersama Ustaz Malek
5.30-6.00pm              :   Penyampaian sijil penyertaan, penutup dan 
                                        minum petang. 

Ahad, Disember 19, 2010

BENGKEL RAWATAN ISLAM PADA 9.1.2011


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Salam ukhuwah buat semua sahabat dan pengunjung blog yang dirahmati Allah. Semoga kita sentiasa dan didalam lindungan ALLAH SWT. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

BENGKEL RAWATAN ISLAM : DIALOG DENGAN JIN, SATU
                                                          REALITI
           (Telah dikemaskini pada 19/12/2010)

TARIKH KURSUS:  9 JANUARI 2011 (HARI AHAD)

MASA KURSUS  : 8.30 PAGI SEHINGGA 5.30 PETANG

BERTEMPAT DI  :  DEWAN SEMINAR KOMPLEKS TABUNG HAJI,
                                  PULAU PINANG

YURAN KURSUS: RM120.00 SAHAJA

PENCERAMAH  : USTAZ ABDUL MALEK BIN LAZIM,
                                 PENGASAS PUSAT TERAPI  AL-QURAN
                                 DARUL HIKMAH

KELULUSAN   : Lulusan Universiti Al-Azhar, MESIR
                         
SANAD PERUBATAN USTAZ : SYAIKH WAHID ABDUS SALAM
                                                        BALI


Ustaz Abdul Malek merupakan salah seorang pengamal perubatan islam yang menerima ijazah perubatan terapi al-Qur'an daripada Sheikh Wahid Bin Abdul Salam Bali perawat terkenal Mesir ketika beliau belajar di Universiti Al-azhar. Beliau berpengalaman luas dalam merawat mangsa sihir, gangguan makhluk halus , histeria, santau, saka dan lain- lain penyakit yang berkaitan dengan rohani.
Ustaz merupakan panel jemputan slot Semanis Kurma, Wanita Hari Ini TV3 dan Rancangan RTM. Ustaz Malek sangat aktif dalam menyebarkan Ilmu Perubatan Islam di seluruh Negara termasuk Singapura.

Objektif Kursus :
a)   Memberi pededahan awal berkenaan perubatan Islam dan perbezaannya dengan perubatan tradisional yang bercanggah dengan Islam yang diharamkan di sisi syarak
b)   Membincangkan permasalahan sihir dan kesannya kepada diri dan keluarga
c)   Menerangkan asas-asas menjadi perawat kepada diri dan keluarga
d)   Memperkenalkan kaedah rawatan secara rukhyah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah bagi menghadapi gangguan jin dan syaitan.
e)   Melahirkan bakal perawat bagi diri dan keluarga.
f)    Memenuhi tanggungjawab dalam melaksanakan rawatan terhadap penyakit misteri(sihir) yang tidak dapat dirawat dan dikesan melalui perubatan Islam.
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang beragama Islam.
  • Siapa yang patut hadir
  • Para pendidik seperti Pensyarah,Guru dan ustaz
  • Ibu Bapa
  • Bakal Pengantin
  • Para Pelajar Universiti dan Kolej
  • Bakal Perawat Muda
  • Masyarakat awam yang berminat mendalami ilmu perubatan Islam
  • Peserta Perempuan sangat digalakkan (memandangkan keperluan bagi merawat pesakit perempuan yang lebih ramai berbanding lelaki).

Sekiranya tuan/puan berminat, sila emelkan dengan segera nama penuh, IC, alamat, no telefon kepada deenhaqq@yahoo.com  atau sila  sms ustaz deen 014-9437511  untuk pendaftaran dan cara pembayaran. TIADA HAD PESERTA. Yuran kursus adalah sebanyak RM120.00 sahaja termasuk minum/makan pagi/tengahari/petang, nota lengkap dan sijil disediakan.(Tidak termasuk penginapan). Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah bilik penginapan di Kompleks Tabung Haji. Cara bayaran kursus akan dimaklumkan dalam blog sedikit masa lagi.

Selepas tamat kursus, setiap peserta akan diijazahkan sanad ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan rawatan dan amalan pelindung diri serta bonus pemeriksaan/scan percuma kepada peserta kursus yang berminat sahaja.

PENYERTAAN TERBUKA SEKARANG UNTUK BAKAL PERAWAT SELURUH MALAYSIA. WALAUSIAPA PUN ANDA, MARILAH KITA MENUNTUT  ILMU RAWATAN ISLAM TIDAK KIRA SAMA ADA ANDA USTAZ ATAU TIDAK...
Sila rujuk blog kami dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut berkenaan bengkel ini. Sekian dimaklumkan.


PEMBATALAN KURSUS RAWATAN ISLAM BERSAMA USTAZ SUHAIMI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Limpahan puji kehadirat Allah Yang Maha Kekal dan abadi, kita bersalawat dan bersalam kepada nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, para sahabatnya dan para pengikutnya sehingga akhir zaman.

Saya yang kerdil lagi dhaif ini ingin memohon ribuan kemaafaan yang tidak terhingga kepada semua sahabat pencinta ilmu dan mereka yang sudi mengunjungi blog saya kerana Kursus Rawatan Islam bersama Ustaz Mohamad Suhaimi pada 9.1.2011 terpaksa dibatalkan kerana program Ustaz Suhaimi terlalu padat. InsyaAllah Pihak Syifaulhaqq akan menjemput kembali Ustaz Suhaimi pada masa akan datang.


Tanpa mengecewakan pengunjung blog dan sahabat-sahabat yang telah menyatakan minat mengikuti Kursus Rawatan Islam, Pihak kami mengumumkan bahawa pada tarikh yang sama, iaitu 9.1.2011 akan diadakan Bengkel Rawatan Islam: Dialog dengan Jin, Satu Realiti dengan penceramah jemputan Ustaz Abdul Malek bin Lazim, Pengasas Pusat Terapi Al-Quran Darul Hikmah.
Sila rujuk Blog dari semasa ke semasa untuk makluman lanjut.

Khamis, Disember 16, 2010

Waktu malam dan kaitannya dengan jin

Ringkasan Tazkirah daripada As-Sayyid Syaikh Hisyam Kabbani :

Waktu malam adalah waktu siang bagi golongan jin, itu sebabnya para awliyaullah tidak suka orang keluar rumah selepas Isyak tanpa sebab yang penting. Selepas solat Isyak hingga ke waktu Subuh adalah waktu hidup yang aktif bagi golongan jin. Itulah sebabnya sahaar al-Layaali -membuat malam hari hidup, untuk membuat malam anda seperti siang hari.
Manusia hari ni tidak suka menonton TV kecuali pada waktu malam, mereka tidak suka melakukan Zikirullah, mereka melupakan Zikir siang hari, kemudian pada malam hari mereka duduk dan menonton TV sambil melakukan Zikir. Jadi apa makna Zikir tersebut? Mereka lalai dengan hal-hal yang merusakkan hati.
Jadi, hal yang paling mengancam kehidupan para jin adalah menggunakan air pada waktu malam. Dan tidak hanya air, jin suka tinggal di tempat yang tidak bersih, bilik mandi Oleh yang demikian sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw, Nabi mengajar kita membaca :

"اعود بالله من الخبث و الخبائث اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم”
Biasanya golongan jin suka mengganggu kanak-kanak. Jadi, ketika seorang anak akan pergi ke bilik mandi untuk buang air kecil, secara tidak kebetulan apabila air kencing tersebut terkena pada jin yang melintasi bilik air, jin tersebut mungkin akan terbunuh dengan titisan air kecing tersebut. Apabila jin tersebut mati, keluarga jin tersebut tidak akan membiarkan budak tersebut malah mereka akan datang beramai-ramai untuk menyerang budak tersebut.
Ada 3 jenis: jin biasa, jin mukmin (Beriman) dan ifreet. Jin Mu'min mudah untuk keluar sekiranya dibacakan ayat-ayat Rukyah daripada Quran,
Jadi itulah sebabnya setelah Isya, maka sebaiknya anda melakukan apa yang pernah anda inginkan sebelum Isyak seperti mencuci lantai dan sebagainya. Hanya dibenarkan [untuk menggunakan air] untuk wudhu dan ketika anda pergi ke bilik mandi untuk buang air besar/kecil atau ketika anda perlu mandi di malam hari. Kita tidak digalakkan menggunakan air pada waktu malam selepas isya’ untuk mencuci lantai dan tingkap dengan hos dan sekiranya amat perlu, banyakkanlah membaca:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم اعود بالله من الخبث و الخبائث
"Audzu billah min asy-syaitan ir-rajiim Bismillahi 'r-Rahmani' r-Rahiim A’udzu billah min al-khubuthi wal-khabaa'ith."

Golongan jin biasanya berjalan dalam kumpulan. Mereka tidak akan mengganggu anda, anda tidak akan melihat mereka dengan rupa kejadian mereka yang asal. Selama mana kita melindungi diri kita dengan memohon pertolongan Allah, mereka tidak berupaya menggangu kita. Itulah sebabnya Nabi mengajar kita untuk membaca:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Audzu billah min asy-syaitan ir-rajiim Bismillahi 'r-Rahmani' r-Rahiim Bismillahialladhee la yadurru ma ‘asmuhu`shay un fi 'l-ard wa la fi' s-sama wa Huwa as-Samee` ul-`aleem.
Bacalah doa ini setiap kali kita dalam perjalanan, kita pulang ke rumah, setiap kali keluar kita membacanya. Nabi saw mengajar kita sebelum kita tidur pada waktu malam agar membaca 3 kali Surah Ahad(Qul Huw Allahu ahad), 3 kali Surah Falaq (Qul Audzu bi rabbil-Falaq),3 Kali Qul Audzu bi rabbin-Naas, Ayat Al-kursee, satu kali Fatihah dan tiupkan pada diri anda sendiri, pada anak-anak dan di seluruh rumah kemudian tidur.
Islam memberi kita resepi untuk mengelakkan diri kita daripada diganggu jin tetapi kita melupakannya, sehingga timbul masalah. Dan selama orang membaca di tempat-tempat mereka aman, rumah-rumah mereka selamat. Apabila kita berada dalam kesulitan, ingatlah Allah (SWT), ketika kita sakit, ingatlah Allah (SWT), ketika kita berada dalam kesedihan, ingatlah Allah (SWT).
Semoga Allah melindungi kita. Dan kami tidak mahu orang menyakiti kita dan kita tidak mahu menyakiti sesiapa pun, kita katakan selalu Fatiha, demi Nabi-Mu, demi anda awliyaullah, bahawa Allah membuat kita dilindungi dunya dan akhira.
Waminallahi taufik, AlFatihah.

*** MARILAH BERAMAI-RAMAI MENGHADIRI KURSUS RAWATAN ISLAM PADA 9.1.2011 DI KOMPLEKS TABUNG HAJI, PULAU PINANG.

Selasa, Disember 14, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H dan Doa' Ruqyah Jibril


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Salam ukhuwah buat semua sahabat dan pengunjung blog yang dirahmati Allah. Semoga kita sentiasa dan didalam lindungan ALLAH SWT. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pada kesempatan tahun baru Hijrah ini, marilah kita bersama berniat dan berusaha untuk belajar dan mengikuti sebanyak yang kita dapat tentang Sunnah Nabi (saw) , jalan hidupnya, perbuatannya kerana ia adalah kunci untuk mencapai cinta Ilahi dan keselamatan di dunia dan akhirat. Setiap Sunnah Rasulullah (saw) adalah cahaya dalam hidup kita. Mulailah dengan Sunnah luaran mudah, seperti berjanggut, memakai serban ketika solat dan beribadat kepada Allah, dan menggunakan siwak(kayu sugi) dan perfume(minyak wangi) ketika beribadat. Banyakkanlah solat-solat sunnat di samping menjaga Solat Fardhu pada waktunya, sentiasa melazimkan diri dengan Zikrullah pada setiap hari. Cuba untuk mencari Sunnah baru dari Nabi (saw) untuk melaksanakan dalam kehidupan anda sehari-hari.
Amalkan setiap kali makan dengan Bismillahir Rahmanir Rahiim dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Awalkan semua makanan dengan mengambil sedikit garam, kerana hal ini menghilangkan 40 penyakit kronik (beberapa riwayat mengatakan 70 penyakit). Sayyidina Ali (ra) berkata, "Setiap orang yang bermula makan dengan garam, Allah akan menghilangkan tujuh puluh jenis penyakit dari dia." Bahkan jika anda dipaksa untuk makan di luar, minta garam untuk memulakan dan menamatkan makan.
Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yang bepaling dari sunnahku maka ia bukan dari golonganku” (shahih Bukhari hadits no. 4776, shahih Muslim hadits no.1401), “Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka sungguh ia mencintaiku, dan yang mencintaiku akan bersamaku di syurga” (HR Tirmidziy)
Nabi saw juga bersabda :“Barangsiapa yang berpegang pada sunnahku dimasa rusaknya ummatku, maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid”

KEISTIMEWAAN 10 MUHARRAM
Abu Qatada (Radiyallahu anh) menceritakan bahawa Nabi saw (sallallahu `alayhi wa Sallam) mengatakan bahawa berpuasa pada tanggal 10 Muharram untuk menebus dosa-dosa tahun sebelumnya. [Sahih Muslim]

Abu Huraira (Radiyallahu anh) melaporkan bahawa Nabi saw (sallallahu `alayhi wa Sallam) mengatakan bahawa selepas Ramadan, puasa Muharram memiliki keunggulan terbesar. [Sahih Muslim]
Maksudnya : "Daripada Abdullah bin Sa`id bin Jubair daripada ayahnya daripada Ibnu `Abbas Radhiallahu `anhuma katanya : "Nabi Sallallahu `alaihi wasallam datang di Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari `Asyûrâ. Baginda Sallallahu `alaihi wasallam kemudian bertanya : "Apakah ini ?" Mereka menjawab : "Hari ini adalah hari baik. Inilah hari yang pada saat dahulu Allah telah menyelamatkan Bani Isra'il (umat Yahudi) daripada musuh mereka. Oleh sebab itu Nabi Musa `alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Aku adalah lebih berhak untuk menghormati Nabi Musa `Alaihissalam daripada anda sekalian. Selanjutnya Baginda Sallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari Âsyûrâ itu dan menyuruh para sahabatnya agar mereka juga berpuasa pada hari tersebut."
(Hadis riwayat Bukhari)

Kita digalakkan untuk berpuasa kerana kita merasakan, sebagai umat terbaik, adalah selayaknya kita meraikan hari assyura atau 10 Muharram ini. Semoga Allah mengampuni kita dan memberkati kita.
Semoga Allah mengampuni kita dan memberkati anda.

Doa Ruqyah Jibril.

Di atas permintaan sesetengah sahabat yang ingin mengetahui tentang Ruqyah Jibrail, maka di sini saya ingin menceritakan tentang asal usul Ruqyah Jibrail. Ruqyah Jibril juga dikenali sebagai Kalimah Tammah. Doa ini diperolehi ketika Baginda Rasulullah SAW mi'raj ke langit sambil ditemani Jibril.
Sewaktu Rasulullah saw sedang menunggang Buraq (ketika dalam peristiwa Isra’ wal Mi’raj), tiba-tiba dilihatnya ‘Ifrit (sejenis bangsa jin yang sangat jahat) mengejar Baginda saw dari belakang sambil membawa obor api dengan niat hendak membakar Baginda. Setiap kali Baginda saw menoleh, ‘Ifrit tersebut masih mengekori Baginda saw lalu Malaikat Jibril as berkata: Sukakah engkau, aku ajarkan beberapa kalimat yang jika diucapkan akan jatuh tersungkur ‘Ifrit dan padamlah obornya? Maka Rasulullah saw menjawab: Ya. Lalu Malaikat Jibril berkata, ucapkanlah Ya Rasulullah:
Doa Pendinding Diri - Ruqyah Jibril

أعوذ بوجه الله الكريم وبكلمات الله التامات التى لايجاوزهن بر
ولافاجر من شر ماينزل من السماء
ومن شرما يعرج فيها ومن شر ماذرأ فى الأرض ومن شر ما يخرج
منه ومن فتنة الليل والنهار ومن طوارق الليل والنهار
إلا طارقا يطرق بخير يا رحمن

Ertinya: Aku mohon perlindungan dengan Dzat Allah Yang Maha Mulia dan dengan firman-firmanNya yang amat sempurna, yang tidak dapat dilanggar oleh seseorang yang baik mauhupun yang durhaka, dari segala (bentuk) kejahatan apa saja yang turun dari langit serta kejahatan apa saja yang naik ke langit. Juga dari segala bentuk kejahatan apa saja yang melata di bumi dan dari kejahatan apa saja yang keluar dari bumi, serta dari fitnah-fitnah (yang berada) pada waktu malam dan siang hari, juga dari pendatang-pendatang (buruk) di waktu malam dan siang hari, kecuali sesuatu yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Dzat Yang Maha Berbelas Kasih.

Malaikat Jibril lalu mengajar Baginda doa ini dan natijahnya Ifrit itu terpelanting dan tersungkur lalu padamlah obornya kesan daripada doa Ruqyah jibril tersebut.
Dipetik dari Qishatul Mi’raj dan Mi’rajul Kabiir oleh al-Hafidz asy-Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy, terjemahan Habib ‘Abdullah Zakiy al-Kaaf.

Maka eloklah kita amalkan doa ini untuk menghindari dari gangguan jin dan kuncu-kuncunya dan yang sebangsa dengannya (juga golongan manusia yang berperangai seperti mereka) . Doa’ ini juga digunakan oleh sesetengah perawat Islam dalam menghancurkan sihir dan gangguan jin. Doa’ ini biasanya diijazahkan oleh Tuan-tuan guru alim ulama’ kepada penuntutnya untuk diamalkan dan disebarkan. Saya sarankan kepada yang ingin mengamalkannya agar membaca doa' ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang berserta ayat Kursi juga sebanyak 7 kali. Alhamdulillah Doa ini mempunyai kekuatan untuk menangkis serangan jin dan syaitan.

•Kursus Rawatan Islam pada 9.1.2011 masih dibuka untuk pendaftaran. Sila rujuk posting lepas untuk maklumat lanjut.

Rabu, November 17, 2010

MAKLUMAN TENTANG KURSUS PERUBATAN ISLAM

Assalammualaikum..
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH,

PERHATIAN :

Pihak kami memohon maaf kerana Kursus Rawatan Islam bersama Ustaz Mohamad Suhaimi pada 9.1.2011 terpaksa dibatalkan kerana Jadual Ustaz Suhaimi terlalu padat.
Tanpa mengecewakan para sahabat dan mereka yang telah menyatakan minat mengikuti kursus, maka pihak Syifaulhaqq akan menganjurkan Bengkel Rawatan Islam pada tarikh yang sama, iaitu 9.1.2011 di tempat yang sama bersama panel jemputan, Ustaz Abdul Malek Lazim, Pengasas Pusat Terapi Al-Quran Darul Hikmah. Sila rujuk posting yang seterusnya untuk makluman lanjut.

KURSUS RAWATAN ISLAM  (SIHIR : KAEDAH DAN CARA RAWATANNYA)
(DIBATALKAN)

TARIKH KURSUS:  9 JANUARI 2011 (HARI AHAD) DIBATALKAN

MASA KURSUS  : 8.30 PAGI SEHINGGA 5.30 PETANG
BERTEMPAT DI  :  DEWAN SEMINAR KOMPLEKS TABUNG HAJI, PULAU PINANG
PENCERAMAH  : USTAZ SUHAIMI, PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM  DARUL RUQIYYAH
(Sebarang pindaan tarikh (sekiranya ada) akan dimaklumkan melalui blog dalam waktu terdekat)


 



Isnin, November 15, 2010


SELAMAT MENYAMBUT 'IDUL ADHA

Kami, Admin SyifaulHaqq ingin mengucapkan Selamat Menyambut 'Idul Adha kepada semua umat Islam, muslimin muslimat di mana jua anda berada..

Saudara/saudari, Hari ini adalah hari wuquf di Arafah sepertimana yang diisytiharkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Seluruh umat Islam yg sedang mengerjakan ibadah haji kini telah berada di Padang Arafah untuk berwuquf.Lebih kurang dua juta umat Islam telah bergerak keluar secara beramai-ramai dari kota Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah sebagai persiapan menghadapi hari paling penting dalam ibadat haji iaitu hari wuquf sejak semalam. Wuquf ini sebenarnya menggambarkan perhimpunan manusia di Padang Mahsyar nanti selepas dibangkitkan daripada mati..
Kita yg berada di Malaysia, walaupun berada jauh dari padang arafah, cuba ambil  peluang ini untuk banyakkan berdoa pada saat yg sama dengan waktu wuquf di sana, bermula dari petang ini hingga ke malam ini, mudah-mudahan doa kita diterima Allah SWT.







 

Selasa, November 09, 2010

Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim


Ringkasan ceramah oleh Maulana Sayyidi Syaikh Muhammad Nazim Al-Haqqani

a) Umat Islam di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.Setiap kali kita berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, Insya Allah kita akan menemui khazanah2 yg tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2).

b)Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang Ilahi.

c)Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang.

d)Jika kamu dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

e) Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir alam iaitu Allah SWT,  maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

f)Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem akan membuka hati yg terkunci dan akal yg buntu – seluruh penyakit zahir dan bathin dapat diubati oleh Bismillah hirrahman nirraheemBismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.

g) Setiap kali manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.

h)bacaan Bismillah hirrahman nirraheem dikurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya Nabi Sulaiman dapat menguasai Jin dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman (as).

إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (27:30)

i)Bismillah hirrahman nirraheem dikuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah lautan merah, kemudian diangkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman nirraheem dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak mungkin tercapai dengan teknologi.

j)Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem kamu akan kecundang.

Kesimpulannya,,,bacalah bismillah,dgn seluruh keyakinan dan kepasrahan diri pada Allah...
niscaya semua hajat akan terkabul..
Wabillahi taufik...Al-Fatihah.

Ahad, November 07, 2010

Sebagai pengenalan....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.  Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas,Tujuan Blog ini dibina adalah bertujuan  memperkenalkan kaedah rawatan islam berdasarkan AlQuran,As-Sunnah, Ijma' Ulama dengan penganjuran seminar / kursus rawatan Islam di samping catatan penulis yang lemah ini berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang murni ini dapat memberi faedah bagi umat islam dan khususnya bakal para muallij dalam bidang rawatan Islam.

Sesungguhnya Ilmu rawatan Islam hanyalah ikhtiar untuk kita merawat diri, keluarga dan membantu mereka-mereka yang memerlukan pertolongan daripada gangguan jin dan syaitan. Tidak ada jalan lain untuk kita mempertahankan diri, melainkan dengan memantapkan hubungan anda dengan Allah swt. Sentiasalah basahi lidah kita dan hati kita dengan zikrullah. Bergaulllah dan bergurulah dengan para ulama', para syaikh yang murobbi lagi mursyid.   Firman Allah SWT :
ألا بذكر الله تطمئن القلوب...
Bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.....

Rasulullah S.A.W berkata, “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati,”(Hadis Riwayat Bukhari).Selagi nyawa dikandung badan, kita perlu terus belajar dan belajar walaupun perlu merantau. Dan untuk mendapatkan ilmu perlulah pengorbanan dari segi masa, duit wang ringgit, tenaga dan yang penting sekali ikhlas lillahi ta'ala. Ilmu Allah swt teramat luas bagai laut tidak bertepi.

Sesungguhnya pihak Syifaulhaqq mempunyai hasrat untuk menubuhkan Pusat Rawatan Islam Syifaulhaqq pada masa hadapan yang memberi bantuan mengusir gangguan jin dan syaitan secara percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran. Oleh yang demikian, pihak kami mengalu-alukan sebarang derma/bantuan daripada semua pihak untuk menjayakan usaha murni ini sekaligus mengembangkan ilmu perubatan Islam yang bersumberkan AlQuran,Assunnah dan bersanadkan Ulama' yang muktabar. Semoga apa yang saya dan pembaca budiman lakukan akan mendapat berkat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.

Rabu, November 03, 2010

Bermulanya blog Syifaulhaqq dengan rasminya

As-salamu `alaykum yaa`ibaadAllahi 'sh-shaalihiin.
A`uudzu billahi min asy-Syaythani 'r-rajiim. Bismillahi 'r-Rahmani 'r-Rahiim.

Allah SWT berfirman :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqan .

"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam/Haqq) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur/kebatilan); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap ." (17:81)

Maka shaitan, dan tentera2nya serta kuncu2nya, walaupun berbillion2 ramainya, tetapi mereka tidak berkuasa pada haqiqatnya, sekalipun mereka sangka mereka berkuasa. Mereka menipu orang2 yang jahil dari kalangan manusia, orang-orang ini menyangka yang para jin dan syaitan mempunyai kuasa untuk membantu mereka.
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami dari jalan-Mu yang paling suci, kirimkanlah berkah-Mu agar kami menjadi hamba-Mu yang patuh.  Kami hanya ingin menjadi hamba-Mu yang patuh, kami mohon agar kami dijadikan hamba-Mu yang paling lemah namun patuh pada-Mu.
Wahai Tuhan kami, Engkau adalah Sultan, Allah...Allah...Allah..subhanallah...
Berkatilah kami dengan Rahmat-Mu yang tak terhingga agar kami menjadi hamba-Mu yang patuh, melalui hamba-Mu yang paling mulia Sayyidina Muhammad (s) agar kami menjadi hamba-Mu yang rendah hati.
Wahai Nabi kami yang tercinta, kami memohon syafaatmu di Hadirat Ilahi. Wahai Tuhan kami, curahkanlah kepada beliau lebih banyak alfush-shalaat, alfus-salam, selawat yang tiada henti-hentinya, salam yang tiada henti-hentinya kepadamu, wahai Nabi yang sangat berharga.Alfush-shalat was-salaam alayk wa ‘ala alika wa ash-habik wa azwajika wa ahli baytika, ampunilah kami.

Sejak akhir-akhir ini ,pelbagai kejadian gangguan makhluk halus jin dalam kehidupan manusia Penyakit misteri dan gangguan ganjil terjadi dan sentiasa sahaja berlaku di depan mata kita. Ia merupakan realiti yang tidak dapat disangkal lagi. Saban tahun meningkatnya kes-kes gangguan seperti sihir,rasuk, saka, santau, susuk dalam negara kita dan kurangnya perawat yang sanggup untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang rawatan Islam ini.

Menyedari hakikat ini kami admin Syifaulhaqq rasa terpanggil untuk memulakan sebuah blog yang membantu dan memberi khidmat kursus/seminar/nasihat rawatan islam kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu perubatan islam dalam menangkis gangguan jin. Insya Allah dari semasa ke semasa kami akan menganjurkan seminar/kursus rawatan islam bersama beberapa orang tokoh perawat-perawat islam daripada pelbagai pusat rawatan Islam bertujuan melahirkan perawat-perawat muda yang mampu memikul amanah sebagai da’ei iaitu pendakwah untuk meneruskan agenda perjuangan Junjungan Besar Nabi S.A.W dan para sahabat serta sarjana-sarjana Islam terdahulu khususnya dalam bidang rawatan Islam.

Insya Allah kursus rawatan islam telah dijadualkan pada bulan Januari 2011 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang beragama Islam sahaja dan akan dimaklumkan melalui blog dalam waktu terdekat.
Wabillahi taufik.