Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Salam ukhuwah buat semua sahabat dan pengunjung blog yang dirahmati Allah. Semoga kita sentiasa dan didalam lindungan ALLAH SWT. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
BENGKEL RAWATAN ISLAM : DIALOG DENGAN JIN, SATU
REALITI
REALITI
(Telah dikemaskini pada 19/12/2010)
TARIKH KURSUS: 9 JANUARI 2011 (HARI AHAD)
MASA KURSUS : 8.30 PAGI SEHINGGA 5.30 PETANG
BERTEMPAT DI : DEWAN SEMINAR KOMPLEKS TABUNG HAJI,
PULAU PINANG
PULAU PINANG
YURAN KURSUS: RM120.00 SAHAJA
PENCERAMAH : USTAZ ABDUL MALEK BIN LAZIM,
PENGASAS PUSAT TERAPI AL-QURAN
DARUL HIKMAH
DARUL HIKMAH
KELULUSAN : Lulusan Universiti Al-Azhar, MESIR
SANAD PERUBATAN USTAZ : SYAIKH WAHID ABDUS SALAM
BALI
BALI
Ustaz Abdul Malek merupakan salah seorang pengamal perubatan islam yang menerima ijazah perubatan terapi al-Qur'an daripada Sheikh Wahid Bin Abdul Salam Bali perawat terkenal Mesir ketika beliau belajar di Universiti Al-azhar. Beliau berpengalaman luas dalam merawat mangsa sihir, gangguan makhluk halus , histeria, santau, saka dan lain- lain penyakit yang berkaitan dengan rohani.
Ustaz merupakan panel jemputan slot Semanis Kurma, Wanita Hari Ini TV3 dan Rancangan RTM. Ustaz Malek sangat aktif dalam menyebarkan Ilmu Perubatan Islam di seluruh Negara termasuk Singapura.Objektif Kursus :
a) Memberi pededahan awal berkenaan perubatan Islam dan perbezaannya dengan perubatan tradisional yang bercanggah dengan Islam yang diharamkan di sisi syarak
b) Membincangkan permasalahan sihir dan kesannya kepada diri dan keluarga
c) Menerangkan asas-asas menjadi perawat kepada diri dan keluarga
d) Memperkenalkan kaedah rawatan secara rukhyah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah bagi menghadapi gangguan jin dan syaitan.
e) Melahirkan bakal perawat bagi diri dan keluarga.
f) Memenuhi tanggungjawab dalam melaksanakan rawatan terhadap penyakit misteri(sihir) yang tidak dapat dirawat dan dikesan melalui perubatan Islam.
- Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang beragama Islam.
- Siapa yang patut hadir
- Para pendidik seperti Pensyarah,Guru dan ustaz
- Ibu Bapa
- Bakal Pengantin
- Para Pelajar Universiti dan Kolej
- Bakal Perawat Muda
- Masyarakat awam yang berminat mendalami ilmu perubatan Islam
- Peserta Perempuan sangat digalakkan (memandangkan keperluan bagi merawat pesakit perempuan yang lebih ramai berbanding lelaki).
Sekiranya tuan/puan berminat, sila emelkan dengan segera nama penuh, IC, alamat, no telefon kepada deenhaqq@yahoo.com atau sila sms ustaz deen 014-9437511 untuk pendaftaran dan cara pembayaran. TIADA HAD PESERTA. Yuran kursus adalah sebanyak RM120.00 sahaja termasuk minum/makan pagi/tengahari/petang, nota lengkap dan sijil disediakan.(Tidak termasuk penginapan). Peserta yang memerlukan penginapan, pihak kami akan membantu anda menempah bilik penginapan di Kompleks Tabung Haji. Cara bayaran kursus akan dimaklumkan dalam blog sedikit masa lagi.
Selepas tamat kursus, setiap peserta akan diijazahkan sanad ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan rawatan dan amalan pelindung diri serta bonus pemeriksaan/scan percuma kepada peserta kursus yang berminat sahaja.
PENYERTAAN TERBUKA SEKARANG UNTUK BAKAL PERAWAT SELURUH MALAYSIA. WALAUSIAPA PUN ANDA, MARILAH KITA MENUNTUT ILMU RAWATAN ISLAM TIDAK KIRA SAMA ADA ANDA USTAZ ATAU TIDAK...
Sila rujuk blog kami dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut berkenaan bengkel ini. Sekian dimaklumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan