KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Rabu, November 17, 2010

MAKLUMAN TENTANG KURSUS PERUBATAN ISLAM

Assalammualaikum..
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH,

PERHATIAN :

Pihak kami memohon maaf kerana Kursus Rawatan Islam bersama Ustaz Mohamad Suhaimi pada 9.1.2011 terpaksa dibatalkan kerana Jadual Ustaz Suhaimi terlalu padat.
Tanpa mengecewakan para sahabat dan mereka yang telah menyatakan minat mengikuti kursus, maka pihak Syifaulhaqq akan menganjurkan Bengkel Rawatan Islam pada tarikh yang sama, iaitu 9.1.2011 di tempat yang sama bersama panel jemputan, Ustaz Abdul Malek Lazim, Pengasas Pusat Terapi Al-Quran Darul Hikmah. Sila rujuk posting yang seterusnya untuk makluman lanjut.

KURSUS RAWATAN ISLAM  (SIHIR : KAEDAH DAN CARA RAWATANNYA)
(DIBATALKAN)

TARIKH KURSUS:  9 JANUARI 2011 (HARI AHAD) DIBATALKAN

MASA KURSUS  : 8.30 PAGI SEHINGGA 5.30 PETANG
BERTEMPAT DI  :  DEWAN SEMINAR KOMPLEKS TABUNG HAJI, PULAU PINANG
PENCERAMAH  : USTAZ SUHAIMI, PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM  DARUL RUQIYYAH
(Sebarang pindaan tarikh (sekiranya ada) akan dimaklumkan melalui blog dalam waktu terdekat)


 



Isnin, November 15, 2010


SELAMAT MENYAMBUT 'IDUL ADHA

Kami, Admin SyifaulHaqq ingin mengucapkan Selamat Menyambut 'Idul Adha kepada semua umat Islam, muslimin muslimat di mana jua anda berada..

Saudara/saudari, Hari ini adalah hari wuquf di Arafah sepertimana yang diisytiharkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Seluruh umat Islam yg sedang mengerjakan ibadah haji kini telah berada di Padang Arafah untuk berwuquf.Lebih kurang dua juta umat Islam telah bergerak keluar secara beramai-ramai dari kota Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah sebagai persiapan menghadapi hari paling penting dalam ibadat haji iaitu hari wuquf sejak semalam. Wuquf ini sebenarnya menggambarkan perhimpunan manusia di Padang Mahsyar nanti selepas dibangkitkan daripada mati..
Kita yg berada di Malaysia, walaupun berada jauh dari padang arafah, cuba ambil  peluang ini untuk banyakkan berdoa pada saat yg sama dengan waktu wuquf di sana, bermula dari petang ini hingga ke malam ini, mudah-mudahan doa kita diterima Allah SWT.







 

Selasa, November 09, 2010

Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim


Ringkasan ceramah oleh Maulana Sayyidi Syaikh Muhammad Nazim Al-Haqqani

a) Umat Islam di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.Setiap kali kita berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, Insya Allah kita akan menemui khazanah2 yg tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2).

b)Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang Ilahi.

c)Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang.

d)Jika kamu dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

e) Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir alam iaitu Allah SWT,  maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

f)Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem akan membuka hati yg terkunci dan akal yg buntu – seluruh penyakit zahir dan bathin dapat diubati oleh Bismillah hirrahman nirraheemBismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.

g) Setiap kali manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.

h)bacaan Bismillah hirrahman nirraheem dikurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya Nabi Sulaiman dapat menguasai Jin dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman (as).

إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (27:30)

i)Bismillah hirrahman nirraheem dikuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah lautan merah, kemudian diangkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman nirraheem dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak mungkin tercapai dengan teknologi.

j)Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem kamu akan kecundang.

Kesimpulannya,,,bacalah bismillah,dgn seluruh keyakinan dan kepasrahan diri pada Allah...
niscaya semua hajat akan terkabul..
Wabillahi taufik...Al-Fatihah.

Ahad, November 07, 2010

Sebagai pengenalan....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.  Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas,Tujuan Blog ini dibina adalah bertujuan  memperkenalkan kaedah rawatan islam berdasarkan AlQuran,As-Sunnah, Ijma' Ulama dengan penganjuran seminar / kursus rawatan Islam di samping catatan penulis yang lemah ini berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang murni ini dapat memberi faedah bagi umat islam dan khususnya bakal para muallij dalam bidang rawatan Islam.

Sesungguhnya Ilmu rawatan Islam hanyalah ikhtiar untuk kita merawat diri, keluarga dan membantu mereka-mereka yang memerlukan pertolongan daripada gangguan jin dan syaitan. Tidak ada jalan lain untuk kita mempertahankan diri, melainkan dengan memantapkan hubungan anda dengan Allah swt. Sentiasalah basahi lidah kita dan hati kita dengan zikrullah. Bergaulllah dan bergurulah dengan para ulama', para syaikh yang murobbi lagi mursyid.   Firman Allah SWT :
ألا بذكر الله تطمئن القلوب...
Bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.....

Rasulullah S.A.W berkata, “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati,”(Hadis Riwayat Bukhari).Selagi nyawa dikandung badan, kita perlu terus belajar dan belajar walaupun perlu merantau. Dan untuk mendapatkan ilmu perlulah pengorbanan dari segi masa, duit wang ringgit, tenaga dan yang penting sekali ikhlas lillahi ta'ala. Ilmu Allah swt teramat luas bagai laut tidak bertepi.

Sesungguhnya pihak Syifaulhaqq mempunyai hasrat untuk menubuhkan Pusat Rawatan Islam Syifaulhaqq pada masa hadapan yang memberi bantuan mengusir gangguan jin dan syaitan secara percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran. Oleh yang demikian, pihak kami mengalu-alukan sebarang derma/bantuan daripada semua pihak untuk menjayakan usaha murni ini sekaligus mengembangkan ilmu perubatan Islam yang bersumberkan AlQuran,Assunnah dan bersanadkan Ulama' yang muktabar. Semoga apa yang saya dan pembaca budiman lakukan akan mendapat berkat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.

Rabu, November 03, 2010

Bermulanya blog Syifaulhaqq dengan rasminya

As-salamu `alaykum yaa`ibaadAllahi 'sh-shaalihiin.
A`uudzu billahi min asy-Syaythani 'r-rajiim. Bismillahi 'r-Rahmani 'r-Rahiim.

Allah SWT berfirman :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqan .

"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam/Haqq) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur/kebatilan); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap ." (17:81)

Maka shaitan, dan tentera2nya serta kuncu2nya, walaupun berbillion2 ramainya, tetapi mereka tidak berkuasa pada haqiqatnya, sekalipun mereka sangka mereka berkuasa. Mereka menipu orang2 yang jahil dari kalangan manusia, orang-orang ini menyangka yang para jin dan syaitan mempunyai kuasa untuk membantu mereka.
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami dari jalan-Mu yang paling suci, kirimkanlah berkah-Mu agar kami menjadi hamba-Mu yang patuh.  Kami hanya ingin menjadi hamba-Mu yang patuh, kami mohon agar kami dijadikan hamba-Mu yang paling lemah namun patuh pada-Mu.
Wahai Tuhan kami, Engkau adalah Sultan, Allah...Allah...Allah..subhanallah...
Berkatilah kami dengan Rahmat-Mu yang tak terhingga agar kami menjadi hamba-Mu yang patuh, melalui hamba-Mu yang paling mulia Sayyidina Muhammad (s) agar kami menjadi hamba-Mu yang rendah hati.
Wahai Nabi kami yang tercinta, kami memohon syafaatmu di Hadirat Ilahi. Wahai Tuhan kami, curahkanlah kepada beliau lebih banyak alfush-shalaat, alfus-salam, selawat yang tiada henti-hentinya, salam yang tiada henti-hentinya kepadamu, wahai Nabi yang sangat berharga.Alfush-shalat was-salaam alayk wa ‘ala alika wa ash-habik wa azwajika wa ahli baytika, ampunilah kami.

Sejak akhir-akhir ini ,pelbagai kejadian gangguan makhluk halus jin dalam kehidupan manusia Penyakit misteri dan gangguan ganjil terjadi dan sentiasa sahaja berlaku di depan mata kita. Ia merupakan realiti yang tidak dapat disangkal lagi. Saban tahun meningkatnya kes-kes gangguan seperti sihir,rasuk, saka, santau, susuk dalam negara kita dan kurangnya perawat yang sanggup untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang rawatan Islam ini.

Menyedari hakikat ini kami admin Syifaulhaqq rasa terpanggil untuk memulakan sebuah blog yang membantu dan memberi khidmat kursus/seminar/nasihat rawatan islam kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu perubatan islam dalam menangkis gangguan jin. Insya Allah dari semasa ke semasa kami akan menganjurkan seminar/kursus rawatan islam bersama beberapa orang tokoh perawat-perawat islam daripada pelbagai pusat rawatan Islam bertujuan melahirkan perawat-perawat muda yang mampu memikul amanah sebagai da’ei iaitu pendakwah untuk meneruskan agenda perjuangan Junjungan Besar Nabi S.A.W dan para sahabat serta sarjana-sarjana Islam terdahulu khususnya dalam bidang rawatan Islam.

Insya Allah kursus rawatan islam telah dijadualkan pada bulan Januari 2011 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang beragama Islam sahaja dan akan dimaklumkan melalui blog dalam waktu terdekat.
Wabillahi taufik.