KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Ahad, November 07, 2010

Sebagai pengenalan....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.  Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas,Tujuan Blog ini dibina adalah bertujuan  memperkenalkan kaedah rawatan islam berdasarkan AlQuran,As-Sunnah, Ijma' Ulama dengan penganjuran seminar / kursus rawatan Islam di samping catatan penulis yang lemah ini berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang murni ini dapat memberi faedah bagi umat islam dan khususnya bakal para muallij dalam bidang rawatan Islam.

Sesungguhnya Ilmu rawatan Islam hanyalah ikhtiar untuk kita merawat diri, keluarga dan membantu mereka-mereka yang memerlukan pertolongan daripada gangguan jin dan syaitan. Tidak ada jalan lain untuk kita mempertahankan diri, melainkan dengan memantapkan hubungan anda dengan Allah swt. Sentiasalah basahi lidah kita dan hati kita dengan zikrullah. Bergaulllah dan bergurulah dengan para ulama', para syaikh yang murobbi lagi mursyid.   Firman Allah SWT :
ألا بذكر الله تطمئن القلوب...
Bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.....

Rasulullah S.A.W berkata, “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati,”(Hadis Riwayat Bukhari).Selagi nyawa dikandung badan, kita perlu terus belajar dan belajar walaupun perlu merantau. Dan untuk mendapatkan ilmu perlulah pengorbanan dari segi masa, duit wang ringgit, tenaga dan yang penting sekali ikhlas lillahi ta'ala. Ilmu Allah swt teramat luas bagai laut tidak bertepi.

Sesungguhnya pihak Syifaulhaqq mempunyai hasrat untuk menubuhkan Pusat Rawatan Islam Syifaulhaqq pada masa hadapan yang memberi bantuan mengusir gangguan jin dan syaitan secara percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran. Oleh yang demikian, pihak kami mengalu-alukan sebarang derma/bantuan daripada semua pihak untuk menjayakan usaha murni ini sekaligus mengembangkan ilmu perubatan Islam yang bersumberkan AlQuran,Assunnah dan bersanadkan Ulama' yang muktabar. Semoga apa yang saya dan pembaca budiman lakukan akan mendapat berkat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan