KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Sabtu, Januari 28, 2012

picture6.jpg



Assalamualaikum semua...

Marhaban Ahlan wa Sahlan ya Syahr Maulidur Rasul SAW... Selamat datang bulan Maulid,bulan kelahiran Rasulullah SAW. Rabiul Awwal.
 Sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1433 H / 2012 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada kita. 


BERSELAWATLAH KE ATAS RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Mengikut sumber yang sahih mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Antara ulama' yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan. Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia". 

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat."


Sabtu, Januari 21, 2012

MAKLUMAN :

Penyertaan untuk Seminar Perubatan Islam pada 22 Januari 2012 masih dibuka lagi. Seminar kali ini bertajuk Rasukan : Realiti atau Fantasi yang akan membincangkan secara mendalam tentang histeria, hakikat histeria, tanda-tanda, sebab dan kesan, Rawatan, pendiding diri dan pengijazahan amalan dan doa' Ruqyah Jibrail. InsyaAllah juga akan dikongsikan beberapa amalan sebagai bonus semasa seminar. Rebutlah peluang menimba ilmu bersama Ustaz Abu Muhammad Sadiq Al-Baghdadi. Yuran hanya RM70.00 sahaja. Nota lengkap disediakan. Tempat adalah terhad. Daftar segera ! Hubungi atau sms Ustaz / Ustazah (014-9437511/014-3446527/016-4554804).

Selasa, Januari 10, 2012


A) SEMINAR ASAS PERUBATAN ISLAM
    (Rasukan : Realiti atau Fantasi)


Tarikh            : 22 Januari 2012 (Ahad)
Masa              : 9.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat          : Dewan seminar
                          Puspa Home

                          Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang
                         (Bersebelahan Sek. Men.Penang Free)
Penceramah : Ustaz Abu Muhammad Sadiq al-Baghdadi
                          Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Asy-Syifa
Yuran             : RM70.00 sahaja



Topik perbincangan Seminar :

-Keajaiban dan Keunikan Alam Jin
-Rasukan : Sebab dan Kesan  
-Mengenalpasti Rasukan dan Gangguan Emosi
-Perisai Menangkis Rasukan Jin dan Histeria
-Pengijazahan amalan Benteng Diri dan Doa Ruqyah Jibrail
-Nota disediakan.

DAFTAR SEGERA!!! TEMPAT ADALAH TERHAD.
SILA HUBUNGI USTAZ (014-9437511 / 014-3446527) UNTUK CARA BAYARAN DAN PENDAFTARAN.

  
B) SESI RAWATAN ISLAM 


Tarikh           : 22 Januari 2012 (Ahad)
Masa             : 2.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat         : 
Dewan seminar
                         Puspa Home
                         Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang
                        (Bersebelahan Sek. Men.Penang Free)
Muslimin dan muslimat yang menghadapi masalah gangguan Jin (HISTERIA, SAKA, SANTAU, SIHIR, ANGIN AHMAR, SAKIT SENDI, HILANG DAYA TUMPUAN, DAN SEBAGAINYA) dan ingin berikhtiar mendapatkan khidmat rawatan Islam dari kami, Insya Allah, sila hubungi kami segera. 

Sms atau telefon Ustaz (016-4391530 / 014-3446527)