KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Sabtu, Ogos 20, 2011

SELAWAT KE ATAS NABI UNTUK SEGALA JENIS PENYAKIT

A'uudzubillaahi minasy syaythaanir rajiim
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Wash-shalaatu was-salaamu 'alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin, Sayyidinaa Muhammadiw wa 'alaa aalihi wa Shahbihi ajma'iin

 
Allah SWT memberikan rahsia penyembuhan kepada Nabi SAW untuk (membantu) menyembuhkan segala macam penyakit. Dengan selawat penyakit apapun dapat disembuhkan. Dengan mengucapkan: Allahumma shalli `ala Sayyidina Muhammad, tibil quluubi wal dawaa’ihaa wal `afiyyat al-abdaani wa syifa'iha. (ya Allah semoga Engkau menganugerahkan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW, sembuhkan hatiku dengan obatnya dan sehatkan badanku dengan obatnya.—dikenal dengan shalawat tib)

 
Maksudnya :
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati, menjadi penawar dan menyehatkan tubuh juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

 
Nabi SAW adalah sumber dan inti dari proses penyembuhan, selawat kepada Nabi SAW adalah penyembuhan. Tulislah selawat itu dan ia akan menjadi penyembuh bagi segala macam penyakit. 

Jangan risau, dengan kecintaan terhadap Sayyidina Muhammad SAW, Allah SWT akan menyembuhkan setiap orang yang sakit, dan dengan astaghfirullah Allah SWT menyembuhkan semua orang yang sakit.

Dan Iman atau keyakinan adalah sangat penting. Iman akan selalu menyembuhkan manusia. `Itiqaad (yakin) dengan apa yang dikatakan oleh Nabi SAW mengenai pengubatan ala Nabi karena Allah SWT akan memberikan kesembuhan itu dan tubuh kita akan mengeluarkan hormon sesuai dengan apa yang kita fokuskan dan kita akan sehat kembali.
 
Disalin dari Suhbah Syeikh Muhammad Hisyam Kabbani (dari buku Reflecting of The Souls: Ramadan Suhba 2006)]

*Makluman Seminar Perubatan Sufi (menangani masalah penyakit fizikal dan spiritual) serta Kursus Bekam Sunnah akan diadakan pada bulan November 2011. Sesi pengambilan peserta akan dibuka selepas Raya, InsyaAllah.