KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Selasa, November 22, 2011

MATLAMAT SEMINAR PERUBATAN ISLAM

SEMINAR PERUBATAN ISLAM PADA 27 NOVEMBER 2011


Tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 25 November 2011. Daftar segera !!!


Seminar ini bertujuan untuk mengetengahkan perubatan Islam yang berteraskan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam merungkai masalah penyakit zahir dan batin. Mudah-mudahan dengan adanya seminar seperti ini akan lahirlah lebih ramai pengamal perubatan Islam di dalam agenda melawan kejahatan musuh Allah samaada yang nyata atau tidak nyata  melalui spiritual yang mantap berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Di akhir seminar ini, peserta  akan diijazahkan dengan ijazah sanad al-fatihah, ayat-ayat ruqyah dan selawat Syifa' sebagai amalan peringkat permulaan untuk menjadi seorang perawat khususnya merawat penyakit-penyakit gangguan jin dan syaitan. Perlu diingatkan bahawa ijazah dan sanad adalah elemen penting dalam urusan agama.
Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

LATARBELAKANG PENCERAMAH

UST. ABU MUHAMMAD SADIQ AL-BAGHDADI

Ust. Abu Muhammad Sadiq Al- Baghdadi atau nama sebenarnya Ust. Arshad bin Hj. Mohammed Kassim merupakan anak kelahiran Negeri Pulau Pinang dan berketurunan Ahlul Bayt dari Yaman dan Baghdad

Mendapat pendidikan awal di Sek. Men. Penang Free kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi Perakaunan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian dari universiti tempatan.

Beliau mempunyai minat yang cukup tinggi dalam mempelajari ilmu agama semenjak di bangku sekolah lagi sehinggalah semasa beliau di universitipun masa yang terluang akan  digunakan untuk mencari  Ilmu agama  daripada Tuan–tuan Guru Pondok secara talaqqi. Beliau juga sering melakukan ziarah kepada alim ulama terutamanya semasa beliau menjawat jawatan sebagai Exco Kerohanian di peringkat Universiti.

Beliau adalah Pengasas  Terapi Al-Quran Baitul Ash-syifa Pulau Pinang yang dinaungi oleh YAM.Raja Dato’ Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Dahulunya dikenali sebagai Syifaulhaqq Islamic Consultancy & Training.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta telah melibatkan diri di dalam bidang rawatan Islam selama lebih 10 tahun ke atas penderita penyakit rohani iaitu penyakit-penyakit yang ada hubungkait dengan alam jin yang mana tidak dapat diubati walaupun di hospital-hospital yang ternama. Beliau seorang amat berpegang teguh dengan  “Istiqamah dalam amalan serta mengutamakan sunnah di dalam kehidupan terutamanya ketika merawat.

Seorang yang bersifat rendah hati namun tegas dan mudah didekati oleh pelbagai golongan peringkat umur.


LATARBELAKANG IJAZAH PERUBATAN ISLAM .

-Ijazah Perubatan Islam daripada As- Sayyid Syaikh Hisyam Kabbani Rabbani (Islamic Supreme Council of America) yang bersambungan sanad dan salasilahnya kepada Mufti Cyprus, As-Sayyid Maulana Syaikh Muhammad Nazim Adil Al-Qubrusi

-Ijazah Perubatan Islam secara talaqqi daripada Syaikh Raja Ashman Shah As-Sultani

-Ijazah Perubatan Islam dan Ilmu Fiqh secara talaqqi daripada Tuan Guru Ustaz Hj. Salleh Al-Qadiri Rifai


-Ijazah Perubatan Islam, Ratib Al-Haddad, Ratib Al-Attas, seluruh zikir salafussoleh daripada Habib Munzir al-Musawwa yang bersambungan sanad dan salasilahnya kepada Imam Habib Abdullah al-Haddad


-Ijazah sanad al-Fatihah dan Bismillah 5 secara talaqqi daripada Dato' Ustaz Ismail Kamus

-Ijazah sanad al-Fatihah secara talaqqi daripada Ustaz Abdullah Mahmud

-Ijazah Perubatan Islam secara talaqqi daripada Tuan Guru Hj Awang Embong. (salah seorang murid tua Syaikh Abdul Qadir al-Mandili)

-Ijazah Islamic Sufi Healing daripada Ustaz Hj. Muhammad Sallehuddin Al-Bandungi (Pengasas Heavenly Healing Team Indonesia)

-Ijazah bismillah daripada Tuan Guru Syaikh Abdul Aziz bin Syafie, Yang Di Pertua Jamiat Islamiah Fatani Darussalam (mengaji agama di Mekkah selama 24 tahun)