KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Rabu, Februari 29, 2012

RAWATAN KE RUMAH PESAKIT





Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian"
(aL- Isra ayat 82)

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa bagi pesakit gangguan jin seperti sihir ,santau, histeria, sihir, saka, sihir busung dll yang inginkan Perawat Islam datang ke rumah masing-masing, anda boleh hubungi Ustaz / Ustazah / Muallij di talian 014-9437511 / 014-3446527 /016-4554804 / 016-4391530 untuk temujanji rawatan. Rawatan adalah bergantung kepada masa perawat.

Pesakit perlu sediakan 3 botol air mineral 1.5l (setiap seorang pesakit) untuk diruqyah buat minum dan mandi. Setakat ini, perkhidmatan ini terhad untuk kawasan dalam Pulau Pinang sahaja. InsyaAllah akan diperluaskan lagi apabila ada pertambahan perawat Islam Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa di tempat lain. Rawatan boleh juga untuk seisi keluarga, pagar rumah dengan terapi Al-Quran.
Pihak kilang, kedai, sekolah dll yang memerlukan rawatan mengusir gangguan jin dan memagar boleh menghubungi kami untuk temujanji rawatan.[kita berikhtiar, Allah Taala yang menyembuhkan, Insya Allah]"

Pihak kami juga menyediakan Air Syifa 1.5L  (iaitu air yang dibacakan ayat-ayat pilihan dalam Al-Quran, selawat, zikir asma ul husna) sebagai syifa', dengan izin Allah SWT, untuk para pesakit gangguan. Sebotol RM10.00 sahaja.  


Masa Rawatan: Setiap hari Sabtu [dari jam 11 pagi - 6.30 petang]

Kos Rawatan: Bayaran seikhlas hati pesakit. Pihak kami ikhlas dalam merawat pesakit dan tidak menetapkan bayaran tertentu bagi rawatan di rumah pesakit. Namun perlu difikirkan oleh keluarga pesakit, masa, tenaga dan kos pengangkutan perawat Islam. Bayaran rawatan dan sumbangan Ikhlas pesakit amatlah diperlukan untuk Dana Penubuhan Pusat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa di Pulau Pinang.

Haruslah diyakini bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka Berubatlah dengan Al-Quran.

Pihak Kami memerlukan sejumlah sumbangan Dana yang besar bagi penubuhan Pusat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa di Pulau Pinang. Sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat rawatan tersebut dan kelas pengajian Perubatan Islam bolehlah disampaikan oleh muslimin/muslimat  yang budiman dalam bentuk derma, wakaf, kafarah, nazar, barang dll. Sila hubungi menghubungi pihak kami (014-9437511 / 014-3446527).