KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Ahad, Mei 13, 2012

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PERUBATAN ISLAM TERAPI AL-QURAN BAITUL ASH-SYIFA KUMPULAN KEDUA SESI MEI 2012/2013 SELAMA SETAHUN



Permohonan mengikuti Kursus Sijil Perubatan Islam dibuka sekarang. Kursus Sijil Perubatan Islam sesi Mei 2012/2013 akan bermula pada 26 Mei 2012 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Tabung Haji, Pulau Pinang. Masa : 10.30 pagi - 4 petang. Permohonan dibuka kepada Muslimin dan Muslimat seluruh negara yang berminat mendalami Ilmu Perubatan Islam yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Kursus Sijil Perubatan Islam akan disampaikan oleh Pengasas Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa Pulau Pinang.

Syarat -syarat kemasukan :

1)Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 16 tahun ke atas.
2)Pemohon bukan warga Malaysia juga diterima mengikuti kursus dengan syarat
   boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
3)Pemohon yang telah berjaya diterima hendaklah sanggup dan mampu
   membayar Yuran sejumlah RM750 untuk pendaftaran, setahun pengajian
   dan praktikal. Bayaran secara ansuran diterima. Ansuran  pertama
   hendaklah dijelaskan sekurang-kurangnya seminggu sebelum Kursus bermula.
4)Kuliah perubatan Islam akan dijalankan pada hari sabtu atau ahad pada tarikh
   yang akan dimaklumkan  kepada semua pelajar. Kelas teori dan praktikal.
   Pelajar diwajibkan hadir untuk kelas teori sebanyak 4 kali pada masa dan
   tarikh yang akan ditetapkan sebulan sekali. Bagi kelas praktikal, pelajar boleh
   memilih slot praktikal mengikut kesusaian masa pelajar tersebut kerana kelas
   praktikal dijalankan pada setiap minggu. Pelajar wajib mengikuti kelas
   praktikal sebanyak 6 kali sepanjang kursus dan pengijazahan tertakluk
   kepada kebolehan merawat, sahsiah pelajar, ujian kefahaman di akhir kursus.
5)Peserta yang lulus dengan jayanya dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
   Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa secara automatik menjadi ahli Persatuan
   Perawat Terapi Al-Quran Baitul Ash-Syifa Malaysia yang akan diwujudkan
   tidak lama lagi.

Kandungan Kursus Sijil Perubatan Islam :

- Konsep Perubatan Islam
- Adab murid, adab guru dan murid
- Hakikat Doa', Adab-adab berdoa' dan waktu mustajab Doa'
- Rahsia Alam Jin dan syaitan serta kaitannya dengan manusia.
- Sifat,ciri-ciri dan adab seorang Perawat Islam (Mu'allij Islamiah)
- Liku-liku seorang Mu'allij
- Jenis-jenis Gangguan Jin :
  a) Rasukan dan Histeria
  b) 9 jenis Sihir (Ilmu Hitam)
  c) Hakikat Saka dan keturunan
  d) Santau dan Penawarnya
  e) Sihir Busung
  f) Penyakit pengaruh mata (A'in)
- Amalan Benteng diri dan keluarga
- Kaedah Pagar rumah, premis dengan Al-Quran
- Rihul Ahmar : Strok atau Lumpuh
- Penyembuhan Al-Quran dan Terapi Ayat-ayat Ruqyah Syar'iyyah
- Praktikal Rawatan dengan pemerhatian Tuan Guru
- Pengijazahan dan Majlis Konvokesyen

MINAT MENDALAMI PERUBATAN ISLAM ? .....TAPI SAYA TIDAK MAHIR MEMBACA AL-QURAN... SAYA TIDAK BERANI BERHADAPAN DENGAN BERKAITAN DENGAN MAHKLUK HALUS.... SAYA TIDAK MAMPU MEMBAYAR SEKALIGUS YURAN YANG AGAK TINGGI...
KAMI DI PUSAT TERAPI AL-QURAN BAITUL ASH-SYIFA BERSEDIA MEMBANTU ANDA MENJADI SEORANG YANG YAKIN DIRI DAN TAKUT HANYA KEPADA ALLAH SWT SERTA MAMPU MENGHAFAL AYAT-AYAT RUQYAH DALAM JANGKA WAKTU YANG SINGKAT. PERAWAT KUMPULAN PERTAMA TERAPI AL-QURAN BAITUL ASH-SYIFA BOLEH MENJADI RUJUKAN ANDA.

Daftar segera !!! Tempat adalah terhad. Sila hubungi Ustaz/Ustazah di talian 014-9437511 / 014-3446527 / 016-4554804 atau email kepada deenhaqq@yahoo.com untuk pendaftaran dan cara bayaran.