Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Salam ukhuwah buat semua sahabat dan pengunjung blog yang dirahmati Allah. Semoga kita sentiasa dan didalam lindungan ALLAH SWT. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pada kesempatan tahun baru Hijrah ini, marilah kita bersama berniat dan berusaha untuk belajar dan mengikuti sebanyak yang kita dapat tentang Sunnah Nabi (saw) , jalan hidupnya, perbuatannya kerana ia adalah kunci untuk mencapai cinta Ilahi dan keselamatan di dunia dan akhirat. Setiap Sunnah Rasulullah (saw) adalah cahaya dalam hidup kita. Mulailah dengan Sunnah luaran mudah, seperti berjanggut, memakai serban ketika solat dan beribadat kepada Allah, dan menggunakan siwak(kayu sugi) dan perfume(minyak wangi) ketika beribadat. Banyakkanlah solat-solat sunnat di samping menjaga Solat Fardhu pada waktunya, sentiasa melazimkan diri dengan Zikrullah pada setiap hari. Cuba untuk mencari Sunnah baru dari Nabi (saw) untuk melaksanakan dalam kehidupan anda sehari-hari. Amalkan setiap kali makan dengan Bismillahir Rahmanir Rahiim dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Awalkan semua makanan dengan mengambil sedikit garam, kerana hal ini menghilangkan 40 penyakit kronik (beberapa riwayat mengatakan 70 penyakit). Sayyidina Ali (ra) berkata, "Setiap orang yang bermula makan dengan garam, Allah akan menghilangkan tujuh puluh jenis penyakit dari dia." Bahkan jika anda dipaksa untuk makan di luar, minta garam untuk memulakan dan menamatkan makan.
Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yang bepaling dari sunnahku maka ia bukan dari golonganku” (shahih Bukhari hadits no. 4776, shahih Muslim hadits no.1401), “Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka sungguh ia mencintaiku, dan yang mencintaiku akan bersamaku di syurga” (HR Tirmidziy)
Nabi saw juga bersabda :“Barangsiapa yang berpegang pada sunnahku dimasa rusaknya ummatku, maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid”
KEISTIMEWAAN 10 MUHARRAM
Abu Qatada (Radiyallahu anh) menceritakan bahawa Nabi saw (sallallahu `alayhi wa Sallam) mengatakan bahawa berpuasa pada tanggal 10 Muharram untuk menebus dosa-dosa tahun sebelumnya. [Sahih Muslim]
Abu Huraira (Radiyallahu anh) melaporkan bahawa Nabi saw (sallallahu `alayhi wa Sallam) mengatakan bahawa selepas Ramadan, puasa Muharram memiliki keunggulan terbesar. [Sahih Muslim]
Maksudnya : "Daripada Abdullah bin Sa`id bin Jubair daripada ayahnya daripada Ibnu `Abbas Radhiallahu `anhuma katanya : "Nabi Sallallahu `alaihi wasallam datang di Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari `Asyûrâ. Baginda Sallallahu `alaihi wasallam kemudian bertanya : "Apakah ini ?" Mereka menjawab : "Hari ini adalah hari baik. Inilah hari yang pada saat dahulu Allah telah menyelamatkan Bani Isra'il (umat Yahudi) daripada musuh mereka. Oleh sebab itu Nabi Musa `alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Aku adalah lebih berhak untuk menghormati Nabi Musa `Alaihissalam daripada anda sekalian. Selanjutnya Baginda Sallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari Âsyûrâ itu dan menyuruh para sahabatnya agar mereka juga berpuasa pada hari tersebut."
(Hadis riwayat Bukhari)
Kita digalakkan untuk berpuasa kerana kita merasakan, sebagai umat terbaik, adalah selayaknya kita meraikan hari assyura atau 10 Muharram ini. Semoga Allah mengampuni kita dan memberkati kita.
Semoga Allah mengampuni kita dan memberkati anda.
Doa Ruqyah Jibril.
Di atas permintaan sesetengah sahabat yang ingin mengetahui tentang Ruqyah Jibrail, maka di sini saya ingin menceritakan tentang asal usul Ruqyah Jibrail. Ruqyah Jibril juga dikenali sebagai Kalimah Tammah. Doa ini diperolehi ketika Baginda Rasulullah SAW mi'raj ke langit sambil ditemani Jibril.
Sewaktu Rasulullah saw sedang menunggang Buraq (ketika dalam peristiwa Isra’ wal Mi’raj), tiba-tiba dilihatnya ‘Ifrit (sejenis bangsa jin yang sangat jahat) mengejar Baginda saw dari belakang sambil membawa obor api dengan niat hendak membakar Baginda. Setiap kali Baginda saw menoleh, ‘Ifrit tersebut masih mengekori Baginda saw lalu Malaikat Jibril as berkata: Sukakah engkau, aku ajarkan beberapa kalimat yang jika diucapkan akan jatuh tersungkur ‘Ifrit dan padamlah obornya? Maka Rasulullah saw menjawab: Ya. Lalu Malaikat Jibril berkata, ucapkanlah Ya Rasulullah:
Doa Pendinding Diri - Ruqyah Jibril
أعوذ بوجه الله الكريم وبكلمات الله التامات التى لايجاوزهن بر
ولافاجر من شر ماينزل من السماء
ومن شرما يعرج فيها ومن شر ماذرأ فى الأرض ومن شر ما يخرج
منه ومن فتنة الليل والنهار ومن طوارق الليل والنهار
إلا طارقا يطرق بخير يا رحمن
Ertinya: Aku mohon perlindungan dengan Dzat Allah Yang Maha Mulia dan dengan firman-firmanNya yang amat sempurna, yang tidak dapat dilanggar oleh seseorang yang baik mauhupun yang durhaka, dari segala (bentuk) kejahatan apa saja yang turun dari langit serta kejahatan apa saja yang naik ke langit. Juga dari segala bentuk kejahatan apa saja yang melata di bumi dan dari kejahatan apa saja yang keluar dari bumi, serta dari fitnah-fitnah (yang berada) pada waktu malam dan siang hari, juga dari pendatang-pendatang (buruk) di waktu malam dan siang hari, kecuali sesuatu yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Dzat Yang Maha Berbelas Kasih.
Malaikat Jibril lalu mengajar Baginda doa ini dan natijahnya Ifrit itu terpelanting dan tersungkur lalu padamlah obornya kesan daripada doa Ruqyah jibril tersebut.
Dipetik dari Qishatul Mi’raj dan Mi’rajul Kabiir oleh al-Hafidz asy-Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy, terjemahan Habib ‘Abdullah Zakiy al-Kaaf.
Maka eloklah kita amalkan doa ini untuk menghindari dari gangguan jin dan kuncu-kuncunya dan yang sebangsa dengannya (juga golongan manusia yang berperangai seperti mereka) . Doa’ ini juga digunakan oleh sesetengah perawat Islam dalam menghancurkan sihir dan gangguan jin. Doa’ ini biasanya diijazahkan oleh Tuan-tuan guru alim ulama’ kepada penuntutnya untuk diamalkan dan disebarkan. Saya sarankan kepada yang ingin mengamalkannya agar membaca doa' ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang berserta ayat Kursi juga sebanyak 7 kali. Alhamdulillah Doa ini mempunyai kekuatan untuk menangkis serangan jin dan syaitan.
•Kursus Rawatan Islam pada 9.1.2011 masih dibuka untuk pendaftaran. Sila rujuk posting lepas untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan