KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Sabtu, April 16, 2011

Go to fullsize image

KURSUS PERUBATAN ISLAM SESI MEI 2011

  • PENYAMPAI
    Syaikhul Maqari Ustaz Hj. Othman Hamzah
  • TEMPAT
    Bilik Dahlia, Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang
    (Bersebelahan Kediaman Gabenor Negeri Pulau Pinang)
  • TARIKH
    30 April -  01 Mei 2011
    04 Jun   -  05 Jun 2011
    02 Julai  -  03 Julai 2011

Makluman:

Yuran Kursus RM600 boleh dibayar secara berkala.Sebarang pertanyaan berkenaan Kaedah pembayaran dan pendaftaran kursus sila berhubung terus di talian 014 - 9437511 (Ust. Deen)/
019-4619746 atau email deenhaqq@yahoo.com dengan segera.


 BIODATA USTAZ :

View Image

SYAIKHUL MAQARI USTAZ HJ. OTHMAN HAMZAH
Ijazah Sarjana Muda bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Damanhoor, Mesir.
Ijazah Sarjana Muda(Takhassus) bidang Al-Quran Wal Qiraat di Universiti Al-Azhar,Shubra,Mesir.                                                                                                Sarjana dalam bidang Feqh dan Usul, di Universiti Mu’tah Jordan.             
Mengikuti kursus Fatwa mewakili Selangor di Darul Ifta', Mesir.                         
Ijazah Perubatan Islam daripada As-Syeikh Qasim Bin Ibrahim Bin Hassan Al-Yamani
Ijazah Perubatan Islam daripada As-Syeikh Ayesh Qurani, Jordan.

Jawatan-Jawatan Yang Pernah Disandang.
Mantan Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Mantan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor).

Penglibatan dalam Kerja-Kerja Sosial.
Panel Lujnah Penyemakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ahli Jawatankuasa Penapisan bahan bercetak berunsur Islam (tafsir), JAKIM.
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor.
Hakim Tilawah dan Tahfiz Al-Quran peringkat Negeri Selangor.

Dianugerahkan gelaran Syeikhul Maqari’ pada tahun 1992.
Pengamal perubatan Islam, klinik Syifa’ di Mesjid Negeri Selangor sehingga 2007.

Kini, Pengasas Pusat Rawatan Akademi Maqari Syifa' Qurani (AMSYIK), Shah Alam, Selangor.

OBJEKTIF KURSUS :

Kursus ini bertujuan untuk mengetengahkan perubatan Islam yang berteraskan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam merungkai masalah penyakit zahir dan batin. Di akhir kursus ini, peserta yang lulus dengan jayanya akan diijazahkan penuh sebagai perawat perubatan Islam. Perlu diingatkan bahawa ijazah dan sanad adalah elemen penting dalam urusan agama.


MODUL KURSUS PERUBATAN ISLAM  BERIJAZAH PENUH MENYENTUH BERKENAAN DENGAN :


 A. Kuliah Perubatan Islam Modul 1

1. Mengetahui tentang jin, syaiton, Qarin dan mengetahui jenis-jenis sakit (Sihir, saka, santau rasukan dll)

2. Mempelajari peringkat-peringkat rawatan. (sebelum rawatan, semasa dan sesudah rawatan)

3. Mempelajari dan mentalaqi ayat-ayat ruqyah qurani dan kaedah - kaedah membakar jin.
 
B. Pengisian Kuliah

1. Alam Jin, alam syaiton, Qarin dan bagaimana syaiton menguasai manusia.


2. Jenis penyakit dan rawatan.

3. Sifat-sifat perawat dan kaedah merawat.

4. Ayat-ayat Ruqyah, ayat menghadirkan dan ayat mengazab jin.


5. Kaedah-kaedah membakar jin, kaedah mengunci dan mengeluarkan jin.

A. Kuliah Perubatan Islam Modul 2


1. Mengetahui tentang sihir dan rawatannya.
 
2. Mempelajari ayat-ayat dan surah syifa’.

 
3. Mempelajari kaedah-kaedah mengusir jin dari rumah.


4. Mempelajari Ayat Ruqyah dan zikir pelindung.

B. Pengisian Kuliah


1. Sihir , kaedah mendinding diri dari sihir, jenis-jenis sihir dan ayat-ayat Syifa’.

2. Pelbagai kaedah untuk merungkai dan membatalkan semua kerja-kerja sihir.

3. Bagaimana mengusir jin dari rumah.
 
4. Mengamalkan pembelajaran secara praktikal atau secara visual berdasarkan keadaan.

A.Kuliah Perubatan Islam Modul 3 - 6  


Praktikal Rawatan sebanyak 4 kali yang akan dijalankan selama 2 kali sebulan pada hari Sabtu dan Ahad , Jam 9.30 pagi – 5.30 petang. Semasa latihan praktikal dijalankan peserta-peserta akan diajar teknik merawat pesakit gangguan rohani dengan dibimbing oleh Ustaz Hj. Othman sendiri. Untuk makluman, pesakit daripada pelbagai tahap gangguan akan hadir pada sesi praktikal tersebut.


Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat, perkataan "sihir'' merujuk kepada semua jenis gangguan jin termasuklah saka, santau, histeria, buatan orang dan sebagainya kerana di dalam Quran dan Hadith hanya disebut perkataan ''sihir'' sahaja yang merangkumi semua jenis gangguan.

SIAPA YANG HARUS HADIR 

Muslimin dan muslimat yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang ini, guru, pensyarah, para penyelidik, golongan professional, Ahli perniagaan, ibubapa, mahasiswa universiti, pelajar sekolah dan individu yang berhasrat memberi khidmat rawatan Islam berlandaskan syarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan