Imam Habib Abdullah al-Haddad pernah ditanya tentang apakah Ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan(ibadah) dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:"Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara: (1) Kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat (2) Lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh (3) Panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat (4) Makan sesuatu yang syubhat (Antara halal dan haram), cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan. Pengenalan ringkas Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali at-Tarimi al-Haddad al-Husaini asy-Syafi`i. Beliau dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Beliau merupakan Pengarang Kitab terkenal Ratib Al-Haddad. |
KURSUS PERUBATAN ISLAM
Sabtu, November 12, 2011
KAEDAH MENGATASI MALAS BERIBADAT DAN CENDERUNG KEPADA HAWA NAFSU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan