KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Rabu, Mac 21, 2012

AMALAN SUSAH TIDUR MALAM



Masalah sukar tidur pada waktu malam atau tidur tidak berkualiti biasanya disebut sebagai insomnia. Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Dalam perubatan Islam, masalah sukar tidur malam atau takut untuk tidur boleh juga dikaitkan dengan tanda-tanda gangguan jin. Sekiranya saudara/saudari menghadapi masalah tidur disebabkan gangguan jin, adalah dinasihatkan mendapatkan rawatan segera daripada pengamal perubatan Islam, dengar cd ruqyah, minum air ruqyah, mandi air ruqyah selama 7 hingga 40 hari.

Diriwayatkan  dari Abu Daud, hadith dari Amru bin Shu'aib dari bapanya dan neneknya, bahawasanya Rasulullah SAW mengajar kepada mereka kalimah-kalimah yang perlu dibaca apabila rasa takut di waktu tidur, iaitu ;

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Aku berlindung dengan berkat kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan : Dan aku berlindung kepada Engkau Ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku. Hadis riwayat Abu Daud.

Cubalah praktikkan amalan di bawah untuk masalah susah tidur malam :

1) Kurangkan atau jangan minum kopi dan teh 

2) Jangan tidur waktu siang

3) Amalkan pakai minyak wangi di jari tangan, kaki, sendi2 dan baju tidur.

4) Baca ayat 56, Surah Al-Ahzab di bawah seberapa mampu sebelum tidur, InsyaAllah mata yang susah tidur akan terlelap dengan lenanya :

 ¨  
56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Semuga selesai masalah...Amin.

p/s : Permohonan untuk mengikuti Kursus Perubatan Islam Terapi Al-Quran Baitul  Ash-Syifa Kumpulan Pertama bagi sesi 2012/2013 akan dibuka bermula Bulan Mei 2012. Nantikan Iklan Permohonan Kursus Perubatan Islam tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz/ Ustazah di talian 014-9437511 / 014-3446527.




1 ulasan:


  1. Artikel yang menarik mengenai cara mengatasi masalah insomnia dengan menggunakan pendekatan ayat-ayat suci Al-Quran. 

    BalasPadam